Assalamualaikum!
jadinya semalam saya bersama adik saya pergi ke sebuah kedai makan nama dia Mac B depan Hospital USM Kubang Kerian. dekat sini lebih kurang food court lah. ada beberapa restoran kecil, macam bahagian belakang ada masakan panas, depan ada jenis jenis roti nan, cheese nan, roti canai dan beberapa lagi makanan ala hipsturrr untuk dijamah pada waktu malam.
tapi saya rasa orang ni sekarang sudah takda lagi label masa untuk makan. diorang makaaan je apa yang nak. kalau dulu nasik berlauk ikan tongkol tu hanya pada waktu pagi sahaja, eh kalau sekarang ni galak pulak dua tiga pagi buka gerai tepi jalan. zaman dah berubah.
berbalik kepada cerita asal, acah acah kebetulan (sebab saya sudah tahu dah sebenarnya) ada macam satu event untuk orang main kereta kecik tayar panas atau lebih glamor dengan nama HOT WHEELS.
ya. hot wheels, bebbb.
(kalau tulis blog ikut kompiter ni mesti saya dah letak logo hot wheels dekat sini. tak reti lah pulak nak letak gambar dekat tengah tengah post kalau tulis guna talipon ni. korang bayangkan sendiri ya. tak pun, google. heh heh)
macam mana nak mula eh? okay. lets do this!
mula mula organizer akan sampai dan setup tracks hot wheels drag race. diorang akan susun, dan sambung semua ramp orange tu start dari atas saaampai lah ke bawah. ada dua track. jadi perlukan dua kereta lah untuk sempurnakan race tu.
orang ramai mula datang dan organizer sibuk menyusun kereta kecik untuk dijual.
lepas ramai orang datang dengan kereta masing masing, adalah salah seorang organizer tu akan ambil nama siapa nak race malam tu.
lepas ramai orang datang dengan kereta masing masing, adalah salah seorang organizer tu akan ambil nama siapa nak race malam tu.
maka ralit lah organizer menulis nama dan cabut undi siapa yang nak sertai. John lah, Bob lah, Zaidi lah, Dayang NorFaizah lah. semua ada.
biasa pada setiap race, setiap malam akan ada hadiah untuk juara. contohnya semalam ada hadiah kereta rare model apa saya lupa. tapi yang minggu lepas, dia punya hadiah adalah props (tong minyak pelincir) untuk diorama 1:64. boleh lah tambah koleksi rare.
jadinya pada asas, dia memerlukan dua biji kereta, dilepaskan pada masa yang sama dari aras tinggi, dan kereta itu akan meluncur ke bawah, kita tengok siapa yang sampai terlebih dulu.
lebih kurang lah.
jadinya race pun mula dalam lebih kurang pukul 11 malam. saya dan adik pun mula lah tak ambil kisah. saya singgah sekejap beli kereta kecik ni sebijik dua untuk tambah koleksi. malas nak join race.
ok dah. nak sambung tengok cerita bongok nama dia "the office". recommended la tapi.
bye!
Mofar Rahman
#gilatakbesttulispakaitalipon
#kerajinan
#datanglahkepadaku
#kerajinan
#datanglahkepadaku
