memang dugaan untuk menjaga anak ini, samada predicted ataupun mysterious. terjadi pada diri aku. maksud aku, keluarga aku.
selepas sedap aku golek anak perempuan aku ni, tiba tiba dia menangis. lalu ibunya pun bertindak proaktif, angkat sophie dari pembaringan lalu diletakkan dipangkuan ribanya yang kurus tu untuk disusukan. namun cubaan menyusu gagal. sophie buat pertama kali refuse. aku dengan wife jadi bingung.
lalu anak kecil aku tu meraung menangis meratap. ya Tuhan. apa semua ni. tak pernah berlaku dalam tiga bulan hidupnya.
aku sentuh tangannya, kakinya. sejuk. aku berdebar. dirasakan nadinya. dup dup. jelas dan laju. alhamdulillah masih bagus. kadar pengisian kapilarinya juga cantik. aku bertenang sekejap. cuba untuk memikirkan possibilities.
aku lihat wife aku. matanya buntang. kelu. 100% memandang aku, meminta tolong, minta aku jelaskan sesuatu. beberapa kali diajaknya aku ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. aku lihat anak aku. mata bergenang air mata. mulut masih melopong menangis seperti seseorang meraung ditarik isi perut. mukanya masih pink. masih belum cyanosis (kebiruan) bermakna dia tidak dalam distress. ada beberapa kali dia blank stare tapi terus diikuti dengan esakan. takut sawan juga. tak mungkin. dia tak demam.
aku cepat buka bajunya. buang semua pakaian anak aku. aku tilik semua mencari punca. dengan keadaan akut sebegitu samada dia tercekik (unlikely), ataupun kena gigit ke sesuatu. aku tilik badannya memang tiada kesan. aku buntu. apa semua ni?
aku terus dukung. aku pandang isteri. mata dia mula bergenang. ibu mertua aku terus menghujanj aku dengan soalan soalan yang tak dapat aku jawab. "kenapa ni?" kenapa anak ni?". ah bingung.
raungan sophie menjadi semakin bingit. aku terus membaca segala ayat pendinding yang aku tahu. lalu aku berikan sophie pada ibunya, lalu ibu letakkan dalam posisi duduk dan timang anak itu. sophie nampak semakin tenang. periksa celah jari kaki dan tangan. tiada apa apa. bacaan diteruskan. sapu sana sini.
betapa aku berharap ada suppository paracetamol sekarang untuk anak aku ini. haih.
akhirnya dia tersenyum. rasa lega sekejap.
aku gapai telefon, tanya ummi kenapa sophie begitu. ummi berpendapat mungkin sophie ternampak sesuatu. entahlah. mungkin juga. lagipun kami tiba di rumah mertua ni dalam pukul 7 petang. lagipun aku pula baru sampai dari Setiu. dalam perjalanan tadi ada juga singgah di Bukit Jawa untuk makan megi sup ayam. kawasan tu agak bushy dan hutan. entahlah. maybe ada something follow kami. entah dan entah.
selepas kenyang disusukan, sophie akhirnya tidur. alhamdulillah.
aku pandang wife aku. bagi aku dia sangat kuat. kalau dia nangis tadi aku pun join sekali aku rasa. hehe. bapak pun sensitip okey.
apa apa pun, aku rasa tuhan nak uji aku. sebab masa aku dukung tadi, ada terlintas dekat benak. "sophie, anak doktor ni". sekali pam! Tuhan uji aku. mahu terngadah!
astaghfirullah. moga Tuhan kesian dekat aku yang sangat alpa dan bongok ini.
wassalam.
Mofar Rahman.