Sunday, April 16, 2017

Kegagalan Berulang

ceyyyy tajuk post kali ni. ewah!

eh.

Assalamualaikum folks!

pagi ini saya ada buat blog hopping ( alah korang tau semua term term klasik ni. malas saya nak eksplen. perabih boreh jo!). saya ada melompat ke blog ini dan blog itu. banyak jugak la. dalam lebih kurang 30 bijik?

bolehlah.

apa yang saya perhati, banyak blog yang ditinggalkan. atau kalau ikut orang putih, dia panggil 'abandoned'. banyak yang sudah tiada update bertahun tahun lamanya. ada yang pada awalnya, eloook je blogging macam orang normal, sekali pom! jadi laman berita dah.

ish ish ish.

dan ada juga cubaan untuk buat comeback siap dengan ayat klise lagi kauuu.

"wah berhabuk dah blog ni. lama benar aku tak update. maaf la ya bla bla bla"

"sudah lama blog ni saya tinggalkan tak berupdate. lepas ni tekad akan update balik!"

dan tu post yang tahun lepas. post sebelumnya? 2 tahun lepas.

choii!

saya pada awalnya, blog ini diwujudkan acah acah surat online kepada awek saya dahulu (sekarang dah jadi waifu). lebih kepada nasihat, tazkirah dari saya untuknya. tidak lama selepas itu saya mula obses dan tempat saya meluah itu ini, menulis apa yang ada dalam fikiran saya. pada masa itu, nawaitu saya sudah berubah. nama pun tukar terus. hehe.

ada beberapa kali saya mengalami kekosongan. tidak menulis untuk beberapa lama. sehingga semua reader setia saya (bajet ada ja kan!) lari. habis.

dan saya macam blogger yang saya mentioned di atas sana, saya akui saya banyak kali juga buat comeback. niat hati nak berblogging sampai tua bangka. biar anak cucu cicit ciok tahu bahawa atuknya ini seorang lejen (peh).

dan saya juga mengalami perkara tersebut.

"kegagalan berulang".

sedih juga. bila tengok blog yang lama tak ter update, terasa bersalah juga. rasa juga ingin meminta maaf. tapi dekat sapa? dan sebab apa? minta maaf dekat diri sendiri sebab menipu diri sendiri? yang kononnya dulu ingin jadi blogger for life? (peh peh).

insyaAllah, istiqamah.

*titik*

kenapa passion untuk blogging sudah hilang? apakah manusia sudah malas? malas befikir, menyusun ayat? hanya bercerita dan baca cerita di laman sosial yang lain yang semestinya tampak lebih ringkas dan mudah? (facebook lah tew...)

saya rasa ada benarnya. saya sendiri, begitu.

walaubagaimanapun, ada juga blogger tegar yang menulis sejak 2008 lagi. mereka ini ada juga hiatus nya. tetapi mereka buat comeback dengan gemilangnya.

tahniah. anda semua mendapat salut daripada saya.

mungkin juga saya tidak menemui blog yang betul? mungkin juga. dan mungkin lagi.

selamat tido. mata pun dah sakit menulis dalam gelap. nanti power spek naik marah pulak!

wassalam.

Mofor Rohmon. HoHoHo.

*kepada sesiapa yang singgah dekat blog saya ini dan anda merupakan seorang blogger, silakan share link anda. saya nak baca baca baca dan folo!