tanpa pendahuluan yang banyak songeh, terus saya katakan, saya punya otak ada serabut dan ting tong sedikit. sebab apa ya?
hmmm. lepas dipikir pikir, saya dapat jawapan. ya. saya akan mulakan hidup baru!
apa? nak kahwin? aish. dah kahwin dah
apa? nak kahwin lagi satu? haaaa mau kena bunuh ni. tidak dik, tidak.
apa? berhenti kerja dan buat benda yang kau suka? gosh. how i wish!
untuk pengetahuan semua, setelah dua tahun menimba ilmu, membusuk, belajar dan diajar di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 ni, saya akhirnya telah dinaikkan pangkat dan tanggungjawab, daripada seorang hamba orang (HO) kepada medical officer. dan biasanya peralihan fasa ni akan disertai dengan peralihan tempat. cuba teka saya dapat dekat mana?
jeng jeng jeng!
HOSPITAL SETIU!
ya. hospital setiu. terengganu. haih. eh. alhamdulillah.
disebabkan tempat ini, saya ada beberapa masalah yang memberatkan kepala saya ini.
1. isteri
eh. isteri saya bagus. dia tak bermasalah pun. saya yang menimbulkan masalah pada dia. isteri saya ni, dia bekerja, dan kerjanya bagi saya adalah paling stabil, good money, good working hours, good place, good company. dan juga yang paling kena dengan apa yang dia belajar selama ni. maksud saya sejak sekolah lagi dia ambil jurusan ni, dan sampai sekarang pathway dia masih straight. saya dapat rasa yang she likes her job soooo much.
jadi, apa yang masalahnya?
disebabkan tempat baru saya yang agak terpencil ni, peluang job untuk dia ni seakan akan tiada langsung. gosh. ( adalah bank bank kecik, tapi katanya bank tu bukan bidang dia. saya pun... "ooooo" hehe. menarik juga kerja dia ni)
horror betul.
sekarang dia tengah mengandung dan due untuk baby keluar sudah dekat. mahu tidak mahu dia terpaksa korbankan apa yang dia suka untuk hidup bersama saya. memang pada awalnya saya rasa bersalah gila (sampai sekarang okayyyy!). tapi sekarang keadaan dah tenang sedikit.
well, dia tak putus putus yakinkan saya yang apa yang kami putuskan ini adalah keputusan yang tepat. and i really feel bad for her.
sebenarnya saya boleh sahaja appeal, buat rayuan, tolak untuk tidak berkhidmat pada rakyat terengganu, setiu khususnya, dan terbang ke Selangor, berkhidmat disana. wife saya pun tak perlu hilang job dia dan kami tinggal bersama. settle. no more problem.
tapi hati ini jujur terasa berat, saya kalau boleh tak mahu tinggalkan parents saya. ye, saya suka berada di bawah ketiak parents saya (jujur dan skema habis!). bukan apa, saya mula berjauhan dengan diorang sejak umur 13 tahun dimana saya mula masuk asrama. lepas tu fly ke russia sana. baru dua tahun ni saya dapat rasa nikmat tinggal dekat dengan diorang. kalau boleh saya nak ada dekat dengan parents saya, at least sehingga akhir hayat diorang. lagipun kedua duanya uzur. yang ada di KB sana hanya ada adik dengan kakak.
tapi seperti yang saya omong tadi, isteri tidak pernah goyah dari keputusan ni. biarpun saya tahu hatinya tidak sanggup untuk lepaskan apa yang ada dalam genggamannya.
maafkan saya sebab terlalu pentingkan diri sendiri.
insyaAllah, kita akan berusaha sama sama cari kerja baru untuk awak ya. yosh!
2. Hospital Setiu
saya ada buat lawatan tidak rasmi ke hospital tersebut tempoh hari. dan saya agak terkejut sebab hospital tu kelihatan lengang. tak macam hospital saya dulu. memang setiu terkenal dengan ketenangannya. haha. ya lah, berada di antara besut dan kuala terengganu. populasi pesakit sudah terbahagi sama rata. setiu yang sememangnya sikit manusia, maka kemungkinan sebab tu hospital jadi lengang.
lagipun setiu tidak ada isu macam hospital daerah yang lain (setakat ini)
ha sudah pasal hospital. nanti saya sambung lagi.
3. Rumah Sewa
sebab populasi sedikit, maka kewujudan rumah sewa adalah rare. payah nak mampos cari (pardon my language). habis satu kampung cari tak ada beb. adalah satu, banglo cantik, harga dah okey, tapi kedudukan dia terpencil ya robbi. atas bukit. berdebar saya rasa kalau kena oncall dan terpaksa tinggalkan wife dan baby comel malam malam. hmm.
nantilah. bila saya pegi sana, kerja, saya akan cari slow slow,
habis dah. haha. tak ada isi sangat pun. cuma sharing apa yang ada dalam kepala. wife cakap kalau serabut sangat, tulis blog. so i gave it a try, and... she's right.
semoga hidup kita semua diberkati Allah. amin
#postkalinitakdakgambar
#tulisgunaipad
#lenguhpergelangantangan
#rasamacamnakmeletup