Thursday, March 16, 2017

Habis Cuti

Assalamualaikum

hari ini, hari keenam saya bercuti deret dari Sabtu lepas. ni dah nak sabtu balik. trasa sangat lah waw! so best! mungkin sejak hari pertama saya menjejakkan kaki ke dalam bidang keduketoran ini, saya tak pernah cuti panjang. cuti kahwin tempoh hari pun 4 hari sahaja. ni dah cuti nak hampir seminggu, memang heaven tak boleh nak habaq.

alhamdulillah

tsumma alhamdulillah


jadi apa yang saya buat ketika cuti enam hari ni? emmm. tak banyak pun. saya bawa wife saya ke Perak. yelah dah Tahun Melawat Perak kan. jadinya saya sahutlah saranan pak menteri pelancongan
(ececey). kesimpulan yang saya dapat dari melawat Perak: tak seronok sangat pun. lepas diteliti tempat tempat tersohor yang disenaraikan, dia lebih kepada aktivitas aktivitas luar, seperti hiking Bukit Larut, pergi Bukit Merah, ada Lost World of Tambun, dan Sungkai Hotspring. tapi saya tak buat lah semua tu, sebab... yelah. isteri saya mengandung 28 minggu dah. tak mampu nya dia nak hiking bagai. nak terjun pompampompam dalam air sana sini. takkan lah saya seorang je yang nak main, dia duduk tepi. kesian la mak buyung tu. sudah lah budak tu memang minat benar aktibiti macam tu.

lain kali je lah sayang ya.

cia cia cia sikit. heh heh.



okey, habis.



maka sudah termaktub esok saya akan masuk kembali ke alam realiti saya, iaitu alam pekerjaan, di mana di pagi Jumaat yang mulia esok saya ditempatkan di Zon Kuning. biasanya pagi jumaat manusia tak ramai sangat sakit. diorang lebih kepada nak datang malam. sebab pagi Jumaat orang sibuk kot.

biasanya begitulah. kot. kita tengok esok macam mana.

Tujuan saya menulis kali ini hanya untuk berkongsi cerita. tidak ada point sangat. hehe. terima kasihlah sudi membaca.





oh lupa. sebenarnya ada satu.


selepas beberapa hari cuti ni, saya rasa sedikit nervous nak masuk kerja balik. ya lah, sudah seminggu tidak memegang jarum, tidak mencucuk orang, tidak mencuci darah, tidak mendengar bunyi paru paru pesakit, dan banyak lagi lah. otak pun dah rasa berkarat sikit. ha baru seminggu. kalau setahun ha ha.

sama lah seperti iman. kalau lama tidak dihangatkan, semuanya akan kabur. jujur saya katakan, saya kini sedang berada di alam futur yang sudah teramat lama. dan hari hari adalah hari untuk bersusah payah untuk keluar dari tempat ini. banyak benda yang saya selalu, suka buat dulu, sudah tidak saya lakukan sekarang. seronok membela futur. astaghfirullah.


baaaah! hehe tekojut ko den!

InsyaAllah saya akan kuat. tetapkan KPI hari hari nak buat itu ini. alhamdulillah. hari hari mencuba


anda pula bagaimana?



Mofar Rahman

*oh jangan lupa melawat Perak!