Zass!
2 tahun yang sangat pendek sudah berlalu. dan sekarang saya menulis sebagai seorang MO. kalau post yang sebelum ni, saya masih HO. hehehe. gempak tak bunyi?
Am I proud of it?
(ya robbi tak sedap betul menulis guna keyboard nih. nak boleh ke sampai huruf K dalam perkataan 'titik' ni pon dah dekat dua belas juta error. ugh. tak best!)
*kembali ke topik
Am I proud of being MO? nope.
Baru floating MO. total floating pun tak sampai lagi seminggu. tak ada beza langsung dengan houseman. apa yang menyebabkan dia tak best?
Bila dah MO ni kan, senior colleague kau akan expect kau 'TAHU' padahal kau hanya 'BIOL' semata. diorang akan expect kau pro dalam manage basic things macam ACS, thyrotoxicosis cases, trauma cases based on ATLS yada yada yada. even kau tahu, tapi... yelah. masalah keyakinan. oh lupa. saya floating di Emergency Department, dimana saya akan jadi frontliner. the first yang akan tengok case, assess patient, dan manage.
Biasanya masa houseman dulu, katakanlah ada satu kes trauma datang, *GCS pun tak berapa full, meroyan merapu tak tentu hala, saya lah yang akan attend patient tu dulu. ambil history, buat pemeriksaan lengkap. selepas dapat semua tu saya akan cari seorang MO untuk bincang case ni, dan buat further plan. kasi painkiller, kasi ATT injection, kasi tu kasi ni, secure hemostasis (if any) dan semua lah. lepas dapat plan baru duduk buat kerja.
ni lah GCS dik. baca elok elok
Tapi bila dah MO ni. hmmm. semua kena manage sendiri. treatment and medications semua atas kau. haaa skeri tak? haha. tak skeri pun sebenarnya. cuma... ye lah. masalah keyakinan. nak tanya, dan bincang kes dengan senior? boleh. tak ada masalah. cumanya, 2 tahun dah training, takkan benda simple tak tahu nak handle. malu lah.
Main point sini. saya rasa saya tak mampu. tak berkeyakinan. tapi sebenarnya semua ilmu itu, pada asasnya sudah ada. cuma perlu ditambah sedikit perisa keyakinan dan semestinya ilmu yang tiptop. baru sedap handle patient. ingat, jangan malu bertanya kalau sesat jalan. jangan bongkak kalau tak tahu nak manage, sebab semua akan berbalik pada kau. jangan rasa ego sangat dengan perkataan MO tu. kau masih manusia. kau tak tahu semua.
Saya akui, saya adalah slow learner, dan biasanya saya belajar sesuatu itu dengan cara yang susah (hard way).
Contoh ada satu case trauma. saya manage patient tu, based on ATLS. ABCD lengkap. cuma satu tertinggal. E. exposure. saya tak asses betul betul. rupa rupanya patient tu sorok sesuatu daripada saya iaitu sesuatu yang saya perlu expose dirinya betul betul, sesuatu yang tiada dalam history nya.
dah tak lengkap 'E' tu mengaku je lah tak lengkap. hiks!
Saya dipanggil oleh bos. dimarahi dan dinasihati. akhir ceramah beliau, beliau pesan "awok tokleh tengok bendo ni sebagai negatif. jange rasa down. ni lumroh. belajar molek".
Saya faham. saya hadam. saya perlukan itu.
Sekarang saya masih lagi MO floating. masih terlalu amat banyak untuk dipelajari. semoga saya diberi kemudahan dan kelapangan dada untuk menerima ilmu Tuhan yang sangat teramat paling banyak itu (fail BM - AUTOMATICALLY. heh)
Akhir kata, kerjalah seikhlas hati. biarpun ikhlas itu teramat lah payah.
Mofar Rahman
#sedangbercuti
#ingatkancutisampaijumaat
#ruparupanyakhamisdahkerja
#kasicanla



