Assalamualaikum
sudah lama saya ingin menulis tentang ini. sesuatu yang jarang dibualkan antara saya dengan kawan kawan. topiknya tidak lah menarik pun. tetapi apabila adanya perbualan tersebut, saya terus tentangnya. dalam sepanjang proses perbualan, saya jarang mencelah sebab selalunya kisah saya diakhiri dengan awkward moment. mungkin saya yang tidak pandai mengawal perbualan, atau cerita saya agak pelik bagi mereka.
jadi, apanya yang saya nak tulis sangat ni ya.
wang saku.
hahahahahahahahahaha bosan.
saya tanya kalian semua, berapa wang saku yang ibu bapa anda semua peruntukkan semasa sekolah dahulu? berapa pula belanja bulanan yang diberi ketika anda semua berada di sekolah menengah?
mari saya ceritakan tentang kisah saya, dan wang perbelanjaan.
sekolah saya bernama Sekolah Kebangsaan Sri Wangi. (SKSW) ye. namanya pelik. ramai orang gelakkan kami bila ditanya nama sekolah kami. wangi sangat ke orang dalam tu? ah pedulikan. saya tak kisah pun. abah dan ummi menyekolahkan kami disitu sejak zaman kakak saya, abang saya yang kedua, saya, sehingga lah adik bongsu saya.
sebelum pergi kesekolah, seawal 6:45 pagi, saya akan berjumpa ummi. bersalaman dan mengambil belanja harian. ummi memberi saya sekeping syiling 50sen. saya biasa mengambilnya dengan tangan kanan, dan memasukkannya ke dalam poket.
seingat saya, saya tidak pernah berterima kasih kepada ummi saya biarpun beliaulah yang memberi wang saku kepada saya setiap hari. peluk ummi pun tidak. kalau difikirkan kembali, rugi betul.
ya, wang saku harian saya, semenjak darjah satu sehingga darjah enam. 50sen. begitulah juga dengan abang dan kakak saya. semua 50sen. tetapi, 50sen ketika itu sudah mewah, bagi saya. kuih dua biji, dan air sirap segelas. ataupun sepinggan nasi goreng, atau nasi lemak. 50 sen. cukup. ketika itu, rata rata pelajar di sekolah saya, sebaya dengan saya, bawa RM1 kesekolah. dapat membeli macam macam. ada yang RM3. saya hanya memandang kawan kawan saya dapat beli air di dalam beg plastik sambil menunggu van untuk pulang ke rumah. ada juga saya bertanya pada ummi, mengapa saya hanya diberi 50sen, dan bukan RM1.
ummi tidak bercakap banyak. ummi hanya senyum. dan saya tidak bertanya lebih.
rancangan makanan tambahan (RMT), saya tidak pernah dapat. yelah, disebabkan total pendapatan abah dan ummi ketika itu melebihi RM1000. saya selalu cakap dekat abah ketika membuat rayuan RMT, supaya tulis tipu tipu. sebab ketika itu saya perhatikan ramai kawan saya yang agak loaded, bawa wang saku harian yang berkali ganda banyak daripada saya, dapat RMT. saya? tak.
abah cakap,"takpe. kita jujur. dapat ke tidak, itu rezeki. Allah nampak, tahu?"
saya mengangguk.
abah senyum.
setelah enam tahun, saya menamatkan pengajian di sekolah rendah saya itu, dan alhamdulillah dapat sambung di salah satu MRSM. saya mula berjauhan dengan keluarga. ummi saya lah yang paling saya rindu. even sampai sekarang saya masih boleh ingat wajah ummi ketika meninggalkan saya setelah menghantar saya ke MRSM sebagai pelajar panggilan kedua, Mac, 2003.
sepanjang di maktab itu, saya juga mendapat wang perbelanjaan daripada ummi dan abah saya. setelah bersalam mencium tangan abah dan ummi, abah memberikan saya wang sebanyak RM80 sebagai perbelanjaan bulanan. dan ketika itu, saya mula belajar untuk mengatakan "Terima kasih abah, terima kasih ummi!"
daripada RM80 itu, RM30 adalah untuk tambang bas saya, pergi dan balik. disebabkan jarak maktab dengan rumah saya adalah selama 3 jam, abah jarang mengambil saya daripada maktab untuk pulang ke rumah. sangat sedikit bilangan abah mengambil saya untuk pulang. jadinya saya menggunakan wang saku saya untuk pergerakan saya pulang kerumah. RM30 lagi adalah wang caruman, ataupun yuran pengajian saya di MRSM. disebabkan saya tidak mendapat wang bantuan pelajar, jadi saya tidak mendapat sponsor wang caruman mahupun biasiswa bulanan sebanyak RM25, seperti kebanyakan kawan saya. diringkaskan cerita, RM30 saya digunakan untuk membayar pengajian saya. RM10 pula saya gunakan untuk membayar khidmat dobi setiap bulan.
jadinya, perbelanjaan bulanan saya, RM10. tetapi, alhamdulillah. saya cukup makan pakai dan sebagainya. Dewan Selera berkhidmat enam kali sehari, cukuplah untuk saya menghilangkan rasa lapar sehari hari. saya jarang keluar outing ke pekan untuk membeli barangan makanan, megi, dan sebagainya. apa yang saya mahukan, semua ada disini. cumanya, kalau kepingin, saya meminta kawan saya yang keluar ke pekan untuk membelikan biskut gula cap Jacob yang plastiknya berwarna merah. sedap. heee.
disini, sekali lagi saya kepelikan. orang yang mendapat bantuan kewangan selalu mempunyai sesuatu yang lebih daripada saya. telefon bimbit, laptop, mp3, dan sebagainya. sepanjang 5 tahun pengajian saya disitu, 5 kali lah saya membuat rayuan mendapat bantuan kewangan, sekurang kurangnya, wang caruman yang RM30 sebulan itu.
saya ingat lagi ketika saya meminta abah untuk menipu slip gaji untuk memenuhi syarat minimun mendapat bantuan wang caruman, iaitu gaji dibawah RM1600.
abah membuang cermin matanya, lalu diletakkan cermin mata tuanya itu di atas meja.
abah menghela nafas secara perlahan, dan melihat saya. dia tersenyum.
"tak mengapalah, kita jujur. dapat ke tidak, itu rezeki Allah, tahu?"
saya mengangguk.
motif saya menulis?
saya tidak lah ingin mengatakan bahawa keluarga saya susah. setakat ini, saya perhatikan keluarga saya tidak pernah kesempitan. maksud saya, ketika berlaku kecemasan, duit itu selalu ada. tidak nampak pula masalah kewangan disitu. saya pun tidak tahu dan tidak pasti bagaimana strategi abah dan ummi saya menguruskan perbelanjaan anak anak.
abang long saya pernah cakap ," ummi dan abah boleh kalau nak berikan kita duit banyak macam anak orang lain, tetapi abah ummi tak buat begitu. abah dan ummi ingin mendidik"
boleh tak kali ni saya tidak menyediakan penutup yang proper?
boleh! sebab ini blog saya!
hiks.
"Terima kasih abah dan ummi, untuk segalanya"
wassalam.

first gif yang saya buat menggunakan KM player dan Photoshop. apa? najwa latep? kbai.