Assalamualaikum.
jadinya hari ini, saya berazam untuk bermujahadah. lawan kehendak saya untuk menggapai laptop yang membuak buak.
saya tutup laptop, selesai.
jadi, apa pencapaian saya? masih tidak memberansangkan, dan tidak mencapai target saya. tetapi, setidaknya saya sudah cuba untuk menjadi lebih baik daripada semalam. berusaha untuk tidak sesat disana sini. diam sahaja kaku di hujung meja. padan muka. siapa suruh ada exam.
ha ha ha. *ketawa tak ikhlas*
bila digapai laptop, dibuka, dilayangkan pula dengan video seorang pemimpin yang mengecilkan pelajar pelajar kita. sebaya saya, hanya untuk menyuarakan pendiriannya. tetapi ditindas, diherdik, dihina begitu sahaja. ah cukup sahajalah dengan isu itu. saya sudah malas.
ada satu ayat yang al Quran yang saya ingin kongsikan hari ini.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
(17:44)
jujurnya, kadang kadang saya selalu tergopoh gapah. selesai memberi salam, terus menadah tangan dan berdoa. kalau ada hari hari yang malas tahap gaban, selepas memberi salam saya laju berdiri dan menyambung pekerjaan saya. bertasbih tidak, bertahmid tidak, bertakbir pun tidak.
ah. teruk betul.
dush dush!
ayat ini, seakan menegur saya.
sudah pukul 9.37 malam. saya harus kembali ke sarang. mulakan mujahadah seawal pagi esok.
bantu aku untuk kuat, wahai Tuhan!
wassalam!
sudah pukul 1:36 pagi di Malaysia. I wonder, what are you doing right now?

