Monday, January 28, 2013

Sketsa

i.
saya bangun awal hari ini. lebih awal daripada hari hari yang lain. teman sebilik saya masih lena diulit tidur. saya sudah mula membaca buku. mengulangkaji di saat akhir. memanfaatkan sisa waktu yang masih sempat. hari ini saya ada peperiksaan untuk ditempuhi. tetapi subjek kali ini, sangat menakutkan saya, biarpun saya telah berusaha sedaya upaya, memberikan sesuatu yang tidak pernah saya berikan sebelum ini. mengambil yang mana sempat, saya menutup buku, dan mula berserah.

ii.
selepas mendaftarkan nama, mengambil tiket soalan, saya pergi ke tempat persediaan. saya lihat tiket soalan yang saya dapat. astaghfirullah. saya tidak tahu soalan soalan tersebut wujud. sudah berapa banyak air liur yang saya telan. semua pahit. tetapi, alhamdulillah, di dalam dewan peperiksaan tersebut, kami dibenarkan untuk duduk di dalam kumpulan empat orang. dan di dalam tempat persediaan itu, saya mula menjadi zirafah, tikus, dan tupai. hehehe. bertanya sakan, berbincang. bukan saya seorang yang memanjangkan leher, berbisik untuk bertanya soalan, atau mencatit dengan cepat. semua orang pun begitu.

iii.
"semua jawapan ni, konpem ke?"
"ha ah. itu yang ada dalam skema"
"betul eh. cuba korang cek"
*kawan memeriksa draft jawapan untuk di present*
"ha ah. ye lah kot. kalau aku, aku jawab macam ni lah"
hmmph. saya yakin dengan jawapan saya ini, dibantu pula dengan kombinasi jawapan kawan kawan. yosh!

iv.
"NO. apa awak jawab ni. awak sedang membunuh saya. semua jawapan awak salah! tahu? awak ni tak tahu apa apa masuk exam ni. awak tahu, awak la pelajar yang paling teruk jawab dengan saya hari ini. awak buat apa dekat rumah? awak tak belajar ke? awak main main? dalam kelas performance okay, tapi dalam exam awak teruk."

saya... sayaa....saya belajar tapi..

"dah. awak tak tahu apa apa. awak dapat daripada mana jawapan ni. ha?"

sayaa.. sayaa ambil dari... *senyum*

"awak ni nak jadi apa, saya nak kasi awak teruk pun awak masih senyum. ada yang kelakar ke? pergi!"

v.
saya menghala ke padang permainan kanak kanak yang ditimbuni salji tebal, lebat semalam. sejuk, tetapi tidak sesejuk angin yang menderu di dalam dada saya. duduk di buaian kanak kanak saya berasa selesa. menarik nafas panjang, saya menyeluk saku, meraba raba telefon bimbit saya dan mula mendail nombor telefon ummi.


vi
*saya yang sedang berkecai. haha. sempat lagi*


vii.
selepas mengutip diri sendiri saya mula berjalan pulang ke rumah. di pagar depan hospital saya nampak seseorang yang saya kenal. haruslah. dia kawan saya. 

saya: eh. kau ni kenapa? bukan kau student yang first batch ke?
kawan: ha ah memang lah. aku tak puas hati ni. cikgu aku bagi aku rendah markah.
saya: hmmm. tapi kau dapat good kan. oke lah tu.
kawan: takk. aku tak boleh dapat good. aku kene dapat excellent. dah lima tahun aku berusaha. aku tak main main. aku tahu semua. semua buku aku baca. aku tak boleh dapat good. 
saya: takpe. tu kan rezeki.
kawan: *senyap, menguis salji di kaki*
saya: *senyum*
kawan: tapi aku tahu semua kot. siang malam aku baca. aku study. cikgu yang mengada. dia sengaja taknak kasi aku excellent. aku mintak extra question. dia kasi aku yang lagi susah. dia tanya aku pasal satu benda ni. satu benda ni lah yang aku skip, sebab benda tu terlalu detail untuk student. aku tak terhafal, sebab aku rasa ni cikgu tak tanya. sekali ha. benda tu lah yang aku tanya. aku geram tau. semua orang yang aku tolong, semua dapat excellent. aku yang tolong orang ni, dapat good je?
saya: *gulp*
kawan: aku letih lah. aku berusaha sejak tahun satu lagi. aku tak main main. aku fokus kepada belajar. aku tak enjoy. hidup aku bosan! kalau aku tahu aku camni, dah lama aku main main. ugh! *memijak mijak salji yang berketul ketul*

ye. kawan saya seorang perempuan. India. dan dia sangat lah pandai. 

setelah beberapa lama sesi meluah, dia pun mula bertenang dan kembali ke rumahnya, daripada membatukan diri di depan hospital selama 2 jam. haih.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



sedar atau tidak, perkara yang paling awal yang terkeluar daripada kepala kita, di akal waras kita pabila diuji Allah adalah, akulah manusia yang paling kuat diuji hari ini.

sebenarnya, tanpa kita sedar, banyak lagi orang diuji, malah lagi teruk daripada kita. kita bilang kita yang paling tabah, tetapi orang lain sebenarnya jauh lebih tabah daripada kita. kita selalu fikir, kita yang paling kuat berusaha, dan kita rasa, kita patut diberi sesuatu yang setimpal dengan usaha kita. tetapi apabila kita diberi yang sebaliknya, kita mula bertaburan. 

mengapa kita jatuh ketika diuji?
tidak bersyukur?
tidak bersedia?
sedih?
lemah?
kerana terlalu mengharap?
normal?
"alah, biasalah. diuji, kan?"
"tak. kau tak paham. bai."

anda jawab lah sendiri. setiap orang ada jawapan masing masing. tetapi kalau ditanya kepada Allah, mengapa kita diuji, tidak diberi dengan setimpal walau sudah berusaha secukup cukupnya. Allah sudah jawab kepada kita beribu, berjuta tahun dahulu, sebelum kita kita ni belum wujud lagi. 

kerana apa?

sebab kita mampu.

baik, off topic.

ujian itu, ibarat makanan kepada hidup kita. tanpa makanan, bagaimana kita hendak membesar. tanpa ujian bagaimana kita mahu matang, mahu mencekup pengalaman, mahu belajar daripada kesilapan. tanpa ujian, masakan kita mampu melepasi limit dan zon selesa kita.

macam mana kita hendak merasa manisnya kebangkitan, kalau tidak merasa peritnya kegagalan.


selamat menimba makanan hidup. 


*senyum*

wassalam.