Assalamualaikum.
sebelum ini, saya selalu beranggapan. kalau nak update belog, kene tulis paaaaaanjang. paaaanjang laaaagi paaaaaanjang dan baaaaaanyak dari huruf huruf 'a' tersebut. tapi lama kelamaan, saya fikir balik "ah, tulis panjang panjang buat apa. kelentong je lebih. pastu adalah nak benda yang nak menipu. nanti tak pasal pasal dapat dosa sebab cakap benda sia sia. kang masuk neraka" ops. tapi betullah kan, orang yang berdosa, masuk neraka. melainkan mereka yang diampuni Allah.
*senyum*
insyaAllah!
*moment of blithe*
baaaaah!!
okes. mari kita menjadi serius. *betulkan kaca mata*
setelah lama saya genggam mushaf cinta milik saya dari Tuhan ini, saya tergerak ingin membuka salah satu ayat darinya secara random. ayat ayat yang saya telah tanda banyak banyak banyak dengan pelastik pelekat berkaler kaler. sekali saya buka. PAM! terusssss dapat ayat ni.
ayat ini mengajak kita, supaya bersabar. Allah tahu, ada hambaNya yang akan melampaui batas. ada yang mahu cepatkan rezeki, yang akhirnya membawanya kepada kesyirikan kepada Allah, dan ada juga yang ingin percepatkan kematian, yang akhirnya membawa kepada bunuh diri dan penyesalan sampai bila bila, sehingga selepas mati sekalipun.
oleh itu, marilah ya kawan kawan, kita bersabar sahaja terhadap ketetapanNya, dan sambil sambil kita bersabar, tidak pula kita hanya duduk membatu tanpa berusaha mencariNya. mungkin ada antara kita yang tidak putus putus diuji Tuhan, tetapi lambat pula kebaikan datang kepadanya. jangan risau, kebaikan akan mendekatimu.
satu ayat pujukan dari Allah kepada hambaNya untuk terus bersabar:

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
(an-Nahl: 1)
apa janji Allah? yang mana satu? ada ke untuk kita? banyak. jangan disoal. tetapi mari saya tolong anda fikirkan. antara janji Allah yang senang diterima dek akal, yang agak umum. sebut sekali pun orang dah boleh faham dengan jayanya.
rezeki
Allah menjanjikan rezeki kepada setiap hambaNya. rezeki itu, seperti kita tahu, tidak lah semestinya ia datang dalam bentuk duit atau wang tunai, semata. ia boleh juga datang dalam bentuk sesuatu yang menggembirakan, seperti ketenangan, kesihatan ahli keluarga, dapat kahwin, mendapat anak, dapat pekerjaan baru, ditunaikan impian hidup, dan baaaaaaanyak lagi. kepada siapa Allah azza wajalla ini janjikan rezeki? kepada orang yang bersabar, dan berusaha. rezeki tidak datang free. semestinya Allah yang Maha Bijak ni tidak memberi rezeki secara mudah dan percuma. Dia mahukan usaha kita. Dia mahukan hambaNya jitu, yang akhirnya melayakkan terus hambaNya kepada rezeki itu.
tetapi ada juga orang yang beroleh rezeki tanpa berusaha, diberi sebanyak banyaknya, lebih daripada apa yang dia perlukan, akhirnya dia membinasakan diri sendiri. itu namanya, istidraj.
mati
janji Allah ini lah yang paling ditakuti pencinta dunia, bagi mereka yang melupakan akhirat, bagi mereka yang tidak mempercayai kuasa Allah. mati baginya ibarat pemutus segala keterikatan kebahagiaannya, sedangkan dia lupa nikmat dunia ini hanya setitis dari lautan nikmat di syurga. kesombongannya untuk akur dari terus bersabar kepada nikmat dunia dan berharap dan berusaha kepada syurga membuatkannya rakus membelai nafsu dan kehendak batil. haish. dahsyat juga penggunaan kata kata saya ini. tetapi begitulah realitinya ya anda anda sekalian.
sebaliknya, mati ini adalah impian bagi mereka yang soleh. bagi mereka yang sudah mencapai kemanisan iman, mati ini satu cita cita. tambahan pula mati ini merupakan mimpi indah bagi para mujahideen. bagi mereka, tidak ada apa lagi yang tertinggal di dunia yang sementara ini. berjuang bersungguh-sungguh demi agama, dan matipun, demi agama. demi Allah. memang itu pun kan hidup kita ini. hidup untuk agama. hurm.. hidup untuk agama? luas skopnya.
mati ini adalah salah satu peralihan fasa daripada hidup, kepada hidup juga, tetapi di alam lain. samalah seperti seorang bayi yang dilahirkan ke dunia. jika tangisan kuat menjadi perantaraan antara alam kasih sayang (rahim) seorang ibu, kepada alam dunia, maka mati pula menjadi perantaraan peralihan daripada alam dunia ke alam barzakh. semua orang mesti, wajib mati. tiada satu pun yang kekal. angin, malaikat, waktu, dunia. semua mati. yang tinggal kekal abadi, hanya satu. Allah. itu yang pasti.
ayat ini mengajak kita, supaya bersabar. Allah tahu, ada hambaNya yang akan melampaui batas. ada yang mahu cepatkan rezeki, yang akhirnya membawanya kepada kesyirikan kepada Allah, dan ada juga yang ingin percepatkan kematian, yang akhirnya membawa kepada bunuh diri dan penyesalan sampai bila bila, sehingga selepas mati sekalipun.
oleh itu, marilah ya kawan kawan, kita bersabar sahaja terhadap ketetapanNya, dan sambil sambil kita bersabar, tidak pula kita hanya duduk membatu tanpa berusaha mencariNya. mungkin ada antara kita yang tidak putus putus diuji Tuhan, tetapi lambat pula kebaikan datang kepadanya. jangan risau, kebaikan akan mendekatimu.
satu ayat pujukan dari Allah kepada hambaNya untuk terus bersabar:
So (for me) patience is most fitting. And it is Allah (Alone) Whose help can be sought against that which you assert
(12:18)
oleh itu, jangan risau. apa semua yang berlaku kepada kalian, bersabar. semua benda akan jadi okay. rezeki, kegembiraan, ketenangan akan datang berlari kepadamu. hanya yang perlu kamu lakukan adalah sabar, dan berusaha. oh, satu lagi. ikhlas.
selamat beramal dan bersabar!
semua akan okay. keep calm, dude!
wassalam!
p/s: saya sebenarnya tidak ada idea kenapa lah saya tulis pendahuluan macam itu. tetapi saya tak kisah. bai!