Assalamualaikum
baru sahaja saya melayani elemen melagho di dalam diri saya ini, dengan menonton satu rancangan yang tidak berfaedah di yutiub yang menyebabkan masa tidur saya tergendala. seingat saya, saya nak tidur pada pukul 11 malam. tetapi sebab benda alah ini, saya terpaksa menganjak masa tidur saya kepada 11: 15. ah bosan betul.
jadi salah siapa saya terbazir masa ni? salah shaiton, atapun salah saya?
apa? salah shaiton?
tettt!
salah saya lah. sebab shaiton, dia buat kerja dia. membisik. saya yang mengikut. akhirnya dia yang tergelak, saya yang terkernyih kernyih menggenyeh mata. ah.
cut the cake!
apa yang the bigger the better ni? apa maksudnya?
"lagi besar lagi bagus la bro!"
ye. saya tahu. anda baru sahaja menterjemah kedalam bahasa melayu. terima kasih!
jom bersama saya menyelam ke dasar maksud perkataan ini.
*glup glup glup*
memang benar, lagi besar ni, banyak maksudnya. contohnya, duit. lagi besar duit, lagi seronok. lagi seronok, lagi bagus, lagi banyak peluang melagho, lagi banyak maksiat, lagi banyak dosa yay! eh?
hiks. terpulang kepada anda anda semua untuk mengambil apa sahaja penaksirannya. saya cuma ingin memetik salah satu daripada beriban riban maksudnya. jadi, apa maksud yang saya ingin ambil?
"lagi besar hati, lagi bagus bro!"
yap, memang itu yang saya ingin kongsikan disini. pandainyaaaa pembaca pembaca sayaaaaa n_n (amin! x 40)
hiks!
ada apa dengan hati besor? kenapa nak hati besar? sebab dengan mempunyai hati besar ni, macam macam benda kita boleh dapat, macam macam benda kita boleh selesaikan. dengan hati besar, ini kita akan jadi lebih gembira dan tenang menjalani hidup di dunia.
biasanya orang yang berhati besar, berlapang dada memang sudah sebati dengan sifat nurani nya. jangan ingat berlapang dada ini mudah, tahu? bak kata Plato, to be nice to everyone is hard battle. berlapang dada disini bukan bermaksud, dia menerima sesuatu itu dengan redha dan semberono dan hanya sia sia.
tak semua orang boleh menerima pendapat orang lain dengan mudah. ada yang bersifat baran dan rebel. yang dalam kepalanya, mahu saja dia melensing kepala orang yang memberi pendapat yang bertentangan dengannya. (saya tak tahu apa sebenarnya melensing tu. tapi macam sedaaaap je guna. hiks). tetapi ada yang diam, menerima dengan hati yang terbuka. hati yang besar. hati yang rasional!
oke. saya tidak tahu apa motif tanda seru disitu.
orang yang berhati besar, senang mensyukuri nikmat di dunia, tidak kiralah besar atau kecil nikmat tersebut. apa sahaja dia terima, yang itu lah dia manfaati, dia guna. tidak lokek, tidak menyongeh. semua diguna dengan baik. semua baginya senang.
hatinya rileks dan chillex!
orang yang berhati besar, hari harinya dia selalu senyum. ujian baginya, dia tadah dengan depaan tangan yang bersedia menyambut ujian dari tuhannya. tidak pula dia mengeluh, dan percaya bahawa semua apa yang berlaku adalah kebaikan pada dirinya, dan Allah tidak menguji hambaNya dengan sia sia. sebab Allah Maha Bijak dan Maha Mengasihani.
banyak lagi lah definisi dan contoh lain yang korang semua boleh berikan berdasarkan orang yang berhati besar ini. saya mencoret corat disini sekadar ingin memetik api pada sumbu pemikiran anda semua, biar fikiran sama sama terbakar dengan hati, untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.
yang mampu mengeja bahagia ketika rapuh!
yang kuat ketika runtuh!
yang boleh bangun ketika jatuh menggelupur!
yang berhati besar!
wassalam.
P/s: salah satu hasil penulisan ketika otak sedang mengantuk tetapi tidak boleh tidur dihayun kafein. hiks.