Assalamualaikum.
saya masuk ke dalam office mag. office mag ini adalah salah satu store yang sebagai supplier alat alat ofis yang agak cemerlang kepada penduduk penduduk Volgograd ini. daripada sehelai kertas, sehinggalah ke kerusi meja. telefon pintar, tablet, pen drive. tidak lupa pembancuh kopi, lampu meja, cawan, peta dunia, sehinggakan baju bomba pun hado! (oke saya tipu bab baju bomba tu) tapi saya nak cakap yang office mag ni memang lah super mantob. jadi, mari lah beramai ramai kita ke office mag!
oke office mag, sila bayar saya. letih oke promote sana sini. hiks
office mag: dude.
saya: hiks
saya pun berjalan kesana kesini. daripada bahagian nota nota kecil sehinggalah ke bahagian nota nota besar. saya sentuh kertas kertas dengan hujung jari saya. ada yang tebal, ada yang nipis. ada satu buku nota itu, saya ambil, dan saya hidu haruman kertas baru. ah. seronok. saya pergi pula ke bahagian file file. file yang tebal, nipis, berwarna warni. mahal, dan murah. semua ada. saya cari fail yang paaaaaaaling murah, dan saya ambil empat keping.
dah kedekut lah katakan. benda yang mahal mahal ni saya memang tak nampak daahh. ops!
oke. kembali ke cerita.
memang tujuan saya lah datang ke sini, dan meragut beberapa keping fail. kepit di celah ketiak saya, dan berjalan dengan gaya ke kaunter pembayaran. ceh. padahal bawa fail je, tapi berlagak lebih. ah saya tak kisah. saya berdiri di depan kaunter, tetapi fail saya tak letak lagi sebab banyak sangat barang pocik sebelum saya beli. saya okay je. tak kisah pun.
tetiba ada satu laki laki yang saiz tubuhnya hampir sekali ganda besar daripada saya. dia tinggi. dia memakai kot musim sejuk, dan topi bulu bulu musim sejuk. dia memakai seluar yang orang pakai dekat ofis tu. dengan kasut hitam yang berkilat. wajahnya agak bengis dengan jambang disana disini. dia cuba memotong saya.
"hey! jangan ambil tempat saya. saya datang dulu!"
lelaki itu memandang saya dengan wajah yang bengis dan mata pun kelihatan bengis. semua bengis lah.
saya pun mengeluarkan wajah bengis saya, dan melawan kembali renungannya dengan pandangan bengis.
lelaki itu menelan air liur, dan saya tersenyum.
oke. saya tipu lagi. hiks.
kembali kepada....
...jambang disana disini. dia cuba memotong saya. saya melihat gelagat beliau, dan saya berdehem dehem.
"ehekehek." begitulah lebih kurang bunyinya.
dia mula terperasan, lalu memberi peluang kepada saya untuk membayar. lalu dia melemparkan senyuman kepada saya, dan saya pun menyambut senyumannya itu dengan senyuman juga. pahala!
ketika saya selesai membayar, saya cuba menjeling jeling barang apeeeeee lah lelaki bengis besar ini beli ya. saya lihat, dia membeli beberapa batang pensel warna, sepeket magic (pen pen yang macam marker tu, tetapi dia berwarna warni), dan sebiji sketch book. dia kelihatan penat, dan tersenyum. dibuka dompetnya, dan saya terpandang satu gambar kanak kanak perempuan kecil di sebelah sisi kiri dompetnya.
saya tidak mahu mengusha lama lama, nanti kene pukul, jadi saya pun cepat cepat pergi dari kaunter pembayaran, dan mengeluarkan diri daripada tempat yang bernama ofis mag itu.
saya berasa agak, terharu. sebab saya dapat membayangkan kasih sayang seorang ayah yang cuba untuk menggembirakan hati anak perempuannya. penat balik dari kerja, si ayah sempat singgah ke kedai alat tulis, dan mendapatkan keperluan sekolah anaknya. saya melihat wajahnya puas apabila dia selesai membayar. mungkin itu sesuatu yang sudah lama diminta oleh anaknya, yang baru dia dapat tunaikan hari ini. entah lah saya pun tidak tahu.
saya berjalan menyusuri orang ramai yang berlegar legar di jalanan menuju destinasi masing masing. stesen bas tempat adalah matlamat saya. angin sejuk kuat melalui celah tubuh saya, seakan akan ingin mengambil seketul seketul otot tubuh saya dan biarkan saya menggelupur.
di dalam kesejukan sehingga ke tengah tulang, hati saya berasa suam melihat senyuman kasih sayang daripada seorang ayah.