saya mempunyai pandangan. saya juga mempunyai kata kata.
tetapi saya tidak reti.
saya ingin menjadi seorang yang pandai belajar. selalu menjadi manusia pertama ingin menjawab soalan cikgu di dalam kelas.
tetapi saya tidak reti.
saya ingin menjadi seorang yang berkeyakinan. saya mahu bercakap di depan khalayak ramai.
tetapi saya tidak reti.
saya ingin menjadi penulis puisi yang menghasilkan betul betul puisi.
tetapi saya tidak reti.
kadang kadang saya dicabar melalui kata kata, dan saya mempunyai hak untuk mempertahankan diri saya.
tetapi saya tidak reti.
saya tahu saya semakin merosot. saya mahu mengubahnya.
tetapi saya tidak reti.
saya ingin menjadi seorang yang boleh diajak berbincang, berpengetahuan luas.
tetapi saya tidak reti.
saya juga ingin bergaduh kalau diajak. bergaduh menggunakan akal. saya mahu.
tetapi saya tidak reti.
saya juga ingin menjadi manusia yang menjadi prioriti. bukan manusia yang dijadikan pilihan. yang boleh ditolak kesana kemari.
tetapi saya tidak reti.
saya harus berhenti menggunakan kata kata "saya tidak reti"
tetapi, saya tidak reti
sebenarnya, saya tahu dimana permulaan setiap apa yang saya mahukan. apa yang perlu saya buat.
tetapi saya malas.
ah apa jenis punya pemikiran. tidak payah layan. tinggal sendirian.
selamat malam.