Kalau diri tidak suka dituduh,
jangan kau pula yang menuduh orang dahulu
Kalau diri tidak suka dihakimi, dilabel.
jangan kau pula yang melabel orang terlebih dahulu
Kalau takut dirikau dicurangi,
jangan kau pula yang mencurangi orang terlebih dahulu
Kalau kau takut ditinggalkan,
jangan kau pula yang meninggalkan terlebih dahulu
Kalau kau takut untuk berlawan,
mengapa pula kau pilih untuk tampil ke medan
Kalau kau ingin berputus asa
ingat pula tujuan kau buat pertama kali
Kalau kau takut untuk memuntah
jangan kau jelek untuk menelan
Kalau kau sudah jatuh kali yang ke seratus tiga puluh tiga
bangun lah kau untuk yang ke seratus tiga puluh empat sekalipun
Kalau kau tidak suka orang berkira dengan kau,
jangan kau pula berkira dengan orang terlebih dahulu
Kalau takut diri diderhakai anak
jangan kau derhakai ibu bapa kau dan anak kau terlebih dahulu
Kalau takut diri mengecewakan Nabi,
jangan kau lari dari mengamal sunnahnya lagi
Kalau takut diri dimarahi Tuhan
jangan kau pula yang menderhakai Dia buat yang pertama kali
Kalau engkau sudah tekad mahu kalah,
mengapa Tuhan wujudkan engkau di dunia ini, kawan?
siapa kata hidup ini mudah.
barangkali mereka sudah menang.
kadang kadang kita yang terlebih berhati hati
tetapi kita jugalah yang dipijak
kata teman, "shit happens, bro"
baik.

when life gives you strawberry, take it. and eat it. if you don't like, keep it. or throw it. don't give it to anybody else. find something better to give.