Assalamualaikum
aku duduk di dalam van tambang. aku lihat di langit di luar atmosfera kecil ini. hitam. sudah malam rupanya. begini lah aku tiap tiap hari. keluar ke kelas langit gelap, pulang ke rumah pun langit gelap. nampak matahari hanya dari tingkap kelas. ah. bosannya hidup. ops.
"hey, bosan hidup? nak Allah tarik nyawa dah ke? dah ready? dah banyak pahala?"
okey okey. fine. chill lah dude.
-kembali ke dalam van tambang-
aku cucuk di telinga aku sepasang earfon berwarna ungu gelap. mp3 merah aku mendendangkan lagu sejati, dari kumpulan rock hebat Wings. sudah berapa kali lagu itu bermain di telinga aku. malas betul nak tukar lagu. aku sudah penat. tidak larat lagi mencari lagu.
---------------------------------------------------------------------------------------------
kanak-kanak. penyusunan huruf dan penggandaan perkataan sudah menunjukkan karakter perkataan itu sendiri. keseronokan, kegembiraan, bermain, makan, dan tidur. semua perkataan yang pasti boleh memberi senyuman. siapa tidak senyum ketika seronok? ah. buruk betul muka kalau nak ketawa tapi muka ketat. (eh, apa aku tulis ni. bior). penggandaan perkataan itu pun cantik. cuba bayangkan perkataan itu tidak digandakan. kanak. kanak? apa tu?
aku masih ingat lagi ketika aku berjalan-jalan di Parkson bersama abang aku, aku ternampak satu keluarga. dalam keluarga itu, ada seorang bapa yang tegap, ibu yang kelihatan rileks, dan seorang anak perempuan kecil yang sedang menangis, berumur 4 tahun serasa aku. aku memerhati gelagat mereka anak beranak. anak mereka menangis tidak tentu hala. akhirnya si bapa menggenggam lengan anak, menarik kearahnya, dan menampar anak itu.
menampar? ya! membulat mata aku!
anak yang menangis tadi diam. si bapa cepat cepat menyembunyikan tangan yang menampar anaknya itu. dia tersenyum melihat aku. melepaskan genggaman tangannya di lengan anaknya itu. mendekati aku, dan berlalu begitu sahaja. wah, hebat sungguh si bapa mengawal keadaan.
ada apa dengan kanak kanak? ada apa pada pemikiran mereka? bermain? bergembira? mahukan perhatian? ya. itu lah mereka. sudah fitrah tuhan jadikannya begitu. mereka mempunyai otak yang kosong. minda yang bergerak tetapi masih kurang fokus terhadap dunia. apa yang mereka tahu, bermain, bermain, dan bermain. tidak kiralah apa sahaja yang mereka jumpa, apa yang boleh dijadikan bahan permainan, maka itu lah yang dimainkannya. dunianya seronok. tiada masalah. ibu bapanya disekeliling, mahu itu, tunjuk. "nak!" mahu ini pun tunjuk, "nak!" jika tidak diberi, dia akan memprotes, merajuk, menangis, dan sebagainya. diajar benda baik, diaplikasinya menjadi perlakuan yang baik, dan sebagainya. disuruh diam dia tidak mahu, disuruh tidur dia tidak mahu, dimarah dia menangis, dibiar dia meminta perhatian.
kanak kanak. mereka itu putih. kosong.
aku ingat lagi, ketika aku pulang ke tanah air tempoh hari, anak anak saudaraku ya Allah, buas! selepas sahaja aku mengemas katil, mula lah dua kanak kanak kecik itu naik dan melompat atas katil aku. memijak itu dan ini. melempar telefon sana sini sampai terburai isi perut telefon aku. haih. geram. naik juga darah di telinga. dekati mereka, aku pun memeluk kedua duanya, mengangkat dan mendukung mereka keluar. aku letakkan mereka di ruang tamu, dan berpesan kepada mereka "jangan masuk bilik ni lagi, faham!" suara aku agak tinggi. dan aku masuk kembali kedalam bilik dengan hati yang panas. habis semua barang aku.
aku berfikir sejenak.
bagaimana kalau aku berada di tempat mereka.
"yay uncle dah siap kemas katil, jom naik!"
"bestnya katil ni. lompat lompat"
"hiks. telefon lah. ah malas main ni" *campak*
"laparnya. nak makan! ummi!"
"uncle, tengoklah ni, kami lompat lompat!"
dan sebagainya.
kanak kanak. mereka masih belajar. mereka tidak tahu apa apa. apa yang mereka tahu, bermain. kalau kita di tempat mereka, adilkah kita di marah, diherdik, dan di tengking? memang lah mereka itu nakalnya melampaui batas, tetapi apakan daya. mereka masih tidak mampu berfikir. hendak jagakan diri sendiri pun tidak mampu, inikan pula untuk menjaga hati orang tua. jadi, aku rasa tidak patutlah seseorang yang mampu berfikir, seperti aku, seperti kita, memarahi kanak kanak yang ingin membesar. yang ingin belajar tentang dunia. didik dengan kasih sayang, melahirkan insan yang penyayang. mendidik dengan kata kata kesat, melahirkan insan yang bangsat! ops.
aku cepat cepat kemaskan katil, letakkan barang dimana sepatutnya ia berada, dan aku keluar mendapatkan mereka berdua. aku memeluk mereka dan mencium kedua duanya. aku meminta maaf. tapi apa yang mereka buat? tarik spek aku dan campak ke penghujung alam (maksudnya aku tak tahu ke mana lah tu). angkat mereka, dukung ke bilik aku. dan aku campak mereka di katil aku, dan mereka bermain dengan girangnya. aku duduk bersandar di dinding sambil memerhatikan mereka. haih. seronok betul mendengar gelak ketawa kanak kanak.
siapa kanak kanak disisi Nabi Muhammad?
Nabi Muhammad ada strategi tersendiri untuk mengambil hati kanak kanak. terdapat sebuah hadith, menceritakan tentang bagaimana Muhammad SAW melayan kanak kanak. ceritanya begini. (lebih kurang)
di dalam sebuah majlis keraian, baginda Muhammad duduk bersebelahan dengan seorang budak lelaki. ketika tuan rumah dan pekerjanya mengagihkan makanan dan makanan itu di pass pass kepada orang sebelah untuk diagihkan. setiap tetamu mengambil satu makanan, sehingga lah tibanya giliran baginda, baginda pun mengambil makanan. ketika hendak menge-pass kan makanan tersebut, baginda bertanya, samada, relakah kanak kanak itu dipotong gilirannya, sebaliknya diberikan terus kepada orang dewasa di sebelahnya. kanak kanak itu menyatakan bahawa dia tidak rela, sebab itu adalah gilirannya. maka baginda pun tersenyum, dan memberikan talam tersebut kepada kanak kanak itu.
baginda langsung tidak merendahkan darjat kanak kanak di sisi agama. semua dilayaninya sama rata. kenapa tidak kita? malah kenapa tidak lebih lagi kepada insan yang tidak bersalah itu.
hendak mendidik, ada caranya. hendak menegur, ada caranya. untuk melarang ada caranya. kita yang sudah berakal ini, berakal lah lagi untuk mendidik para pembina akal.

aku sering tersenyum melihat gelagat abang aku bermain dengan anaknya. abangku pulang dari kerja dengan penat. dia terlantar di ruang tamu. anak nya datang dan mendaki tubuh abi nya itu. di gigit badan abinya, sampai abi nya menjerit "aduh, aduh!" anaknya gelak ketawa. abinya langsung tidak memarahinya. malah digodeknya lagi anak itu. aku cakap, "amsyar, sakit daddy!". abang tengok kepada aku. "bukan begitu caranya". aku terdiam, berundur ke belakang. dan berfikir.
anak sekecil itu, marah tiada gunanya. dilayan baik dan berhikmah, keluar hasil yang baik. dimarah, melahirkan hati yang tercalar, takut kepada orang tuanya.

dua orang budak ini!
wassalam.
psst: terima kasih kerana sudi membaca pemikiran sampah aku ini. sudah lama aku terfikir, baru hari ini aku menulis.