Thursday, November 29, 2012

Di antara kalian

Assalamualaikum

"di depan bangunan tu, berhenti!", saya kuatkan kotak suara saya agar suara saya dapat memelah hiruk pikuk perbualan manusia kepada pemandu van tambang.

"ok"

saya pun bersandar kembali pada kusyen van yang sedang sedang selesa itu. mencucuk balik earfon ke telinga saya. pejamkan mata sejenak, dan kembali ke dunia saya, dan saya.

van berhenti, dan saya cepat cepat keluar dari kenderaan itu. langkah pertama menjejak tanah di tepi jalan melebarkan saiz paru paru saya. angin malam saya tidak bosan menghirupnya. lampu jalan bercahaya, bersinar menemani pejalan kaki. membuatkan saya tidak bosan. lagu di telinga saya, sesuai dengan mood sekarang ini. lagu apa ya?

"Kertas band - Penantian"

saya berhenti lebih kurang 500 meter lebih jauh daripada tempat yang saya biasa berhenti. berjalan, melepas penat lelah berjumpa adik adik kesayangan saya, saya menyusuri malam, bertemankan cahaya lampu dan alunan lagu ditelinga. jalan kelihatan hampir basah. deruman enjin kereta yang lalu lalang di tepi saya, dengan angin yang tidak berapa sejuk. ah. saya menghembus nafas puas.

saya berjalan diam. otak saya pula yang membising.

ada salah seorang di antara kawan kamu yang kamu fikir agak bosan dan memualkan, sebab kawan kamu itu selalu bertanyakan kepada kamu soalan soalan yang jelas, soalan soalan bodoh. "kau buat apa tu Rahim?" padahal dia boleh nampak kawannya itu sedang tengok movie. "tunggu bas ke Muhamad?" padahal dia boleh tengok dengan jelas kawannya itu berdiri terkernyih kernyih di stesen bas. dan banyak lagi. kamu tidak tahu, sebenarnya hatinya tidak mahu dirimu sunyi. seorang kawan yang tidak bertegur sapa ketika berjumpa, pelik, bukan? tetapi tindakannya itu difikir, membosankan, barangkali. padahal teman itu hanya ingin memulakan bicara. "a conversation starter that save you from the awkward moment"

ada salah seorang di antara kamu, dia kelihatan periang. gembira. selalu tenang dan boleh diajak berbual menggunakan hati. tetapi dia sendiri banyak rahsia nya. sedih pilunya itu tiada siapa yang tahu. orang hanya nampak dia ketika gembira, dan dia halimunan ketika dia sugul. tetapi ketika orang bermasalah, dia orang pertama yang wujud, dan bersinar "aku wujud! aku ada untuk kamu!" dia selalu ada untuk orang lain, dan apabila dia memerlukan seseorang, dia lebih memilih untuk kuat. mungkin pada sejarah silamnya, dia mempunyai seseorang yang dianggapnya boleh bercerita, akhirnya temannya meninggalkannya. orang seperti ini, bersedia, sedaya upaya untuk menghidupkan kembali darah gembira yang melalui di dalam urat urat di wajah sahabatnya. "i always be there for people, because i know how hurt it feels when nobody else there for me".

ada salah seorang diantara kamu yang, dia dahulunya seorang yang perihatin. selalu berbual dengan kamu. selalu mengambil berat terhadap kamu dan kawan kawannya yang lain. setelah sekian lama, dia kelihatan sudah tidak mempedulikan kamu, dan dia seperti sudah suka menyendiri. tetapi sikapnya masih sama. periang, gembira. mungkin hatinya luka. orang seperti dia biasanya adalah seorang yang mengambil berat terhadap orang lain. dia terkadang mahu juga orang mengambil berat tentang dirinya. tidak banyak pun, sikit pun tidak mengapa, sudah sekian lama melayani perasaan orang yang tidak mahu melayani ceritanya, dia memilih untuk menjadi ignorant. dia sudah kurang sensitif terhadap kawannya. kalau dahulu, kalau kawannya sedih, dialah yang pergi bertanya, "kau okay?" tetapi apabila dia sedih, semua orang menjauhinya. "ni mamat ni bad mood ni. biarkan lah dia". biasanya dia sudah letih berharap, dan lebih memilih untuk simpan untuk dirinya sendiri. "i am not heartless, i just use my heart, less"

dan banyak lagi.

percaya atau tidak, orang orang sebegini wujud di antara kalian. mungkin kamu sendiri. mungkin juga saya.


HELLO, I'M EXIST!