Assalamualaikum
seperti tajuk entry saya diatas, surat ini untuk awak. awak yang belum pasti. atau mungkin saya sudah pasti? saya pun tidak tahu. sebab masa depan itu, adalah rahsia Tuhan. esok, satu jam lagi, malah satu saat lagi pun kita tidak tahu apa yang Allah sudah rancangkan untuk kita. jadi, dengan nikmat yang diberi oleh Allah yang tidak putus walau satu mikrodetik itu, kita sambutlah dengan syukur, gunakan dengan syukur, berkata kata dengan syukur. alhamdulillah. Allah tidak mewajibkan hambaNya untuk bersyukur. sesuatu (seseorang?) sehebat Tuhan yang telah memberi lebih gazillon juta nikmat kepada hambaNya tidak meminta lebih. hanya ingat kepadaNya. mudahkan?
kalau mudah, kenapa ramai yang kecundang? kenapa saya kecundang? awak? ada kecundang?
bayangkan kalau Allah mewajibkan hambaNya untuk bersyukur kepadaNya, agak agak berapa ramai hambaNya yang berdosa?
salah satunya, saya.
astaghfirullah.
awak.
saya ingin bercakap tentang kehidupan. memberi gambaran awal kepada awak tentang apa permainan dan peperangan yang berada di dalam kepala saya. saya seorang yang komplikated, begitu juga dengan minda saya.
di dalam gelap malam awal musim dingin, saya dipeluk kesejukan sehingga ke tulang. saya banyak merenung jauh kedalam alam, dan berfkir. tempoh hari saya terbaca, "saya sedang bergerak menuju sesuatu, walaupun saya tidak pasti kemana hala tuju saya, saya tetap bergerak".
hidup kita ini, penuh dengan tanda tanya. sukanya lah saya menegas kembali apa yang ada di dalam perenggan pertama awal pembuka bicara penulisan saya kali ini. masa depan itu, sungguh misteri. hari esok pun. hari esok masih belum tiba di bumi. sama juga dengan destinasi kita, apa yang telah Allah tetapkan di dalam garis masa hidup kita. Allah sudah sediakan pathway, tugas kita hanya menjalaninya, berjumpa dengan siapa, apa yang berlaku, siapa yang gembirakan kita, siapa yang sedihkan kita, siapa yang datang kepada kita, siapa yang meninggalkan kita, siapa tu, siapa ni. yang akhirnya ke destinasi yang mutlak, samada syurga, atau neraka.
dan kita masih bergerak, memenuhi garis masa yang telah ditetapkan tuhan. kalau kita mengubah nasib kita sekalipun, itu pun di dalam garis masa kita.
faham?
sama juga dengan kita, sayang.
saya tidak tahu awak dimana, saya tidak pasti bagaimana kehidupan awak, dan macam macam lagi lah. tetapi, kita masih bergerak di dalam satu destinasi pada peringkat kita, yang dipanggil pertemuan.
ada hikmahnya Allah memanjangkan tempoh pertemuan kita. banyak lagi yang Allah belum ajar kita, memberi kita latihan untuk menghadapi hidup. Allah sudah ada perancangan untuk kita. sama juga dengan orang lain. semua. semua hambaNya Allah sudah ada percaturanNya.
sepanjang tempoh hidup ini, saya sudah menghadapi banyak benda. berjumpa ramai orang. setiap kisah dan cerita disebalik apa yang berlaku mengajar saya. ada orang yang bahagiakan saya, ada yang membunuh saya. ada yang memberi saya erti hidup, ada yang menyayangi saya, ada yang membenci saya. ada yang itu, dan ada yang ini. manusia manusia yang wujud di sekeliling saya, Allah tidak wujudkan mereka dengan sia sia. ada pengajaran yang Allah sediakan untuk kita fikir. baikkah dia, burukkah dia, itu semua untuk kita.
jadi, bagaimana sekalipun hidup awak sekarang, hadapi dengan tabah. hadapi dengan senyuman. sebab itu yang terbaik untuk awak. terbaik untuk kita. dan juga mungkin terbaik untuk semua orang.
benda baik yang berlaku pada awak, syukur.
benda buruk yang berlaku pada awak, syukur.
saya tidak berniat langsung untuk membuat post jiwang dan sebagainya. saya hanya ingin berkongsi idea dan fikiran saya. sekadar ingin berpesan, dan membuat peringatan kepada awak dan diri saya sendiri. sebab kadang kadang, manusia dia sudah tahu apa yang ada di dalam kepalanya, apa yang perlu dia lakukan dan sebagainya, tetapi dia degil untuk menyedarinya. dia perlukan seseorang untuk memberitahunya, menjelaskan apa yang ada di dalam kepalanya.
jadi di dalam kes ini, saya memberi peringatan kepada saya sendiri. dan awak juga. hiks.
obsesi saya pada twitter sudah hilang. tumblr semakin berkurang. facebook, haih. lagilah. belog ini lah tempat saya bercerita, berkongsi, dan sebagainya. saya kembali ke dunia saya dahulu setelah hilang beberapa lama.
terima kasih kerana sudi datang ke dalam hidup saya.
terima kasih Tuhan.
wassalam.