Saturday, December 01, 2012

Smile

Assalamualaikum.

alhamdulillah. saya sudah mula berasa otak saya semakin bercambah sedikit demi sedikit dengan mengupdate belog saya ni hari hari. eh ada kaitan ke? ada! yelah. kalau dari dulu memang otak saya beku. lalukan sahaja hidup ini dengan masa, tanpa berfikir. semenjak ini saya semakin banyak menulis. alhamdulillah. daripada penulisan saya yang bermula dengan sesuatu yang maha sampah ini, harapnya akan berubah kepada sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada manusia. insyaAllah.

saya pernah menjadi seorang pemerhati gelagat manusia. bukan untuk mencari kesalahan. tetapi untuk mengambil pengajaran.

satu ketika, saya beku. dan saya sudah hilang kuasa memerhati saya.

sekarang saya ingin sekali lagi, menjadi pemerhati gelagat  gelagat manusia. saya tidak ingin mencari kesalahan, tetapi untuk saya mengambil pengajaran. dan saya akan terus mencuba.

senyum.

satu ibadah yang paling mudah untuk mendapat pahala. ibadah yang merawat hati orang lain. satu ibadah yang boleh merawat hati sendiri.

benar, banyak lagi definisi senyum yang boleh diletak disini. tetapi saya malas. senyum, boleh memalsukan kegembiraan. senyum boleh menyembunyikan kesakitan dan kesunyian. senyum boleh membantu mengcas-positifkan orang lain. dan banyak lagi. mungkin tentang kekuasaan senyum saya boleh ulaskan lain kali. tetapi bukan sekarang.

apa yang saya nak bagitahu sekarang adalah:

hiks.

wassalam :)