Semalam dalam perjalanan pulang dari Hadramawt, aku tengok rearview mirror si faizal ni, ada satu wangian kereta tergantung. bentuk buah epal dan terdapat cecair warnanya ungu.
“bau apa ni bro? sedap ke?”
“aku pun tak tahu lah. dah lama beli tapi macam tak bau apa pun”
“ohh yeke”
aku pun ambik wangian tu, cuba menghidu dari jarak dekat. memang tak berbau.
“buat apa la jual produk macam ni. dah lama aku letak memang tak bau apa. bini aku pun komplen benda sama”
aku masih diam.
Muiz bersuara “kau bukak tak penutup dalam yang kecik tu?”
aku pun buka penutup kayu seakan akan gabus. diputar secara lawan arah jam beberapa kali dan “pop!”
tudung kayu tercabut.
“Lahh…….”
kami pun mengata faizal sampailah kami tiba di pejabat.
