Dua hari lepas, wife aku forward satu message daripada whatsapp. whatsapp daripada cikgu sekolah Sophie, satu tugasan untuk menyediakan satu video sempena hari Malaysia yang akan tiba nanti. katanya cikgu dah explain semua tentang jalur gemilang, makna kemerdekaan dan macam macam lagi.
wife aku memang dah serahkan tugas ni dekat aku, so aku je lah yang kena buat. tak rasa terpaksa pun. memang seronok buat video lately.
set masa, semalam petang baru buat. si Opie ni dah cakap awal awal nak pakai baju putih dengan tudung bendera Malaysia. aku toleh kepadanya.
dah okey dah baju kuning, seluar kuning, tudung kuning. okey lah tu buat apa nak tukar lagi.
tapi dia still nak pakai baju putih jugak. so aku fikir maybe baju putih yang lengan panjang tu kot. tudung tu pakai je banyak dah warna tudung yang ibu beli dekat dia. hemm.
sedang aku bermain kejar kejar dengan Ben dekat luar, si Opie pun keluar.
“Abi tolong Opie pakaikan tudung ni!”
ya Allah anak aku. pakai baju kurung putih satin rupanya! tudung pulak jenis bawal bendera Malaysia ha sudah!
aku fikir nak suruh dia tukar balik kepada baju tadi. yelah baju kurung ni berkedut sangat. lepas tu tudung tu aku tak reti nak pakaikan cantik cantik macam Ibu buat. tapi aku tak suarakan. lets see how it goes.
Aku pun lilit je lah tudung tu dengan gaya yang entah apa apa. lepas snap satu gambar dia kata okey. aku pun okey je lah.
so kami pun rekod video. mula dengan video dia bercakap sendiri, disusuli dengan beberapa random video lain. video lari lari main dengan bendera la, video si Bunyamin kacau kakak dia la, video kibar bendera tengah padang sana, ahh macam macam lagi lah.
so semalam aku edit video yang diambil, dan tunjukkan kepada si Sophie and she liked it. video tu pun elok je dengan dia yang pakai kurung putih tu. tak boleh secantik tu kalau dia hanya pakai blouse, seluar dan tudung yellow.
maybe aku kena stop complain and criticize her choice. next time aku perati dulu apa yang dia nak, selagi tak memalukan diri sendiri, selagi tak melanggar akidah, dan selagi dia happy, aku akan allow.
good job Sophie for standing up for yo self.
