"Abi!"
"Abi!"
"Abiiii!!"
begitulah Bunyamin Fayyadh setiap pagi kalau bangun daripada tidur, suruh aku mengangkatnya turun dari katil. sengaja kami letakkan dia di bahagian atas katil kura nya itu. sebab dia kecik lagi, dan dia tak reti lagi nak turun tangga. kalau dah reti nanti sudah tentu setiap lima minit naik turun, terjah kakak dan adiknya.
so far, Ben adalah the cheekiest, the paling buas among those tres. dia ada bentuk kepala yang bulat dan cantik, bentuk yang simetri kanan dan kiri temporal, tidak senget macam aku. berambut tidak terlalu hitam dan agak perang, yang kalau sudah tampak kemas walau hanya disisir dengan jari. Ben memiliki mata yang agak sepet (atau bak kata ibunya, mata tertarik ke belakang). hidungnya tidak mancung dan tidak juga penyet. si Ben ni ada terlalu banyak perkara yang buatkan aku geram nak kenyek budak ni tapi ada satu aset yang selalu buatkan kami in awe, iaitu senyumannya. tatkala bibirnya tersenyum, dia akan menampakkan dua baris gigi atas dan bawah yang tersusun kemas. putih, namun terdapat sedikit karies kekuningan. senyumannya selalu menambat hati kami, dan cikgu cikgunya, termasuklah cikgu cikgu praktikal di sekolahnya.
eh? haha!
Bunyamin tatkala saat aku menulis blog ini, mempunyai satu personaliti yang kuat, dan persisten. jenis tak mudah mengalah dan tidak mudah redha. selalu mengganggu kakaknya bermain. bertepuk tampar, bertumbuk, saling cakar dan mencakar. tapi kalau kena marah ke apa, kakaknya jugak la tempat dia berpayung, meminta simpati.
dia suka berlari lari. jarang nampak dia jalan. semua tempat dia lari. nak mandi, lari. keluar bilik mandi, lari. nak pergi main, lari. tengah main pun lari. sangat susah makan, dan kalau makan pun tak menentu. contoh kalau hari ini dia makan mee kuning dengan sedapnya. kalau buat lagi mee kuning esok atau minggu depan belum tentu dia akan makan. Ben sangat sayang dekat Lily. kalau tengah ralit bermain dengan kakak, pasti ada suatu masa dia akan berhenti sekejap untuk peluk dan cium Lily sebelum sambung bermain, melompat atau terbang.
antara perkara yang aku kagum dengan Ben ni, dia adalah seorang yang organised. kalau naik ke kereta, duduk atas carseat, dia akan buka kasut/seliparnya. kalau nak naik rumah, dia akan instead of seliparnya dibiar buang merata, si Ben ni akan susun kasutnya di dalam almari kasut. sebarang toys yang dia main, most of the time dia akan simpan balik dan letakkan di tempat asal. Ben sangat suka tengok TV. so far favouritenya adalah Ultraman series, Cocomelon, suka tengok video monyet yang berlagak seperti manusia, Power Rangers series. sebelum tengok TV aku akan suruh dia kemas ruang TV, dan dia akan kemas. kusyen disusun dengan betul, gelas yang berselerak diangkut semua ke dapur. mainan yang bersepah semua diambil dan dibuang ke bilik mainan. selepas semuanya kemas baru dia claim his right to watch TV. most of time aku grant sebab dia memang pandai mengemas. untuk umurnya yang baru 2 tahun 8 bulan, he is great.
Ben sekarang dalam proses stop susu. dekat sekolah memang tak bagi, dan dekat rumah pun sama. dia masih mempunyai GAJAH kesayangannya itu. tidur peluk gajah, diseret kesana kemari. pernah kami cuba untuk separatekan bantal gajah dengan Ben. gelisah bukan main. so kami bagi can dulu.
pampers bila nak stop? nanti tunggu dia cakap properly dulu. sekarang dia dah kurang mumbling, dan ambil hujung suku kata. kalau dengar betul betul, memang akan dengar apa yang dia nak bagitahu.
si Ben ni selalu jadikan Tokmi sebagai punching bag. nak bergusti dengan Tokmi lah, nak bertumbuk pun dengan Tokmi. nak mengadu kena marah dengan Abi atau lepas bergaduh dengan Kakak pun dengan Tokmi.
Ben mempunyai tantrum. jujurnya aku tak sure tantrum dia ni jenis biasa ke, jenis kuat ke, or jenis tak kuat langsung. kadang kadang aku mampu tahan, kadang kadang tidak. dia akan bertempik dengan suaranya yang kuat dan nyaring.
Tokmi selalu cakap "soro Ben kalu nepik gak bunyi serupo wisel", and its so true.
memang nyaring dan bingit okay. kalau time bawak kereta, dan dia gaduh dengan kakak dia or nak sesuatu tapi tak dapat, memang dia akan bertempik nyaring. kalau kejap kejap okay lagi tapi kalau dah persistent, aku pun takboleh tahan. contohnya macam on the way pulang dari Kuantan tadi. aku terpaksa buat signal ke kiri dan berhenti di bahu jalan untuk menahan bingitnya telinga.
haih Bunyamin. rumah ini bingit dan meriah oleh sebab awak. kalau awak tidur atau takde pergi jalan mana mana, mesti rumah jadi sunyi je.
Abi minta maaf atas segala kekasaran dan ketidaksepatutan yang Abi while handling you. please know, im not enjoying scolding you a bit pun.
Moga Tuhan beri kesabaran kepada aku untuk mendidik seorang Bunyamin ini, dan Tuhan mengurniakan dia kebaikan agar dia menjadi anak yang soleh.


