Wednesday, June 14, 2023

Consequences

Satu malam aku baru sahaja duduk melepas lelah di sofa setelah menghabiskan tugas harian. alat kawalan jauh aku capai untuk membelek saluran YouTube, siaran apa yang mampu menangkap mata aku.

wife aku datang dan bertanya, 

“kenapa kita tak pernah ada deep conversation ya”

aku hanya berdiam memikirkan jawapan. kemungkinan soalan ini satu perangkap. kalau bijak, aku terlepas, kalau jawab tak bijak, aku akan terlekat

“ada je kita talk about things tapi tak perasan the depth of the topic” aku cuba menjawab tanpa melihat matanya.

“saya macam dah tak kenal awak. awak boleh cerita semua dekat blog awak, tapi awak tak cerita pun dekat saya”

fuh soalan dia!

aku diam lagi. mata masih ligat mencari video yang boleh menarik aku daripada perangkap kedua.

“sebab kalau saya tulis dekat blog, saya boleh tulis semua tanpa judgement, tanpa mengharapkan balasan, tanpa menerima sambutan yang tidak saya gemari” aku menjawab.

dia hanya terdiam. nampak macam tak puas hati.

betul.

aku luahkan semua yang aku mampu dan rasa dekat blog ini. dan aku tidak mahu menghadapi repercussion. tak kisahlah respon tu aku suka ataupun tidak suka. paling tidak, aku tidak mengharapkan balasan.

kadang kadang kalau kita bersembang dengan seseorang, berbual, kita pasti mengharapkan respon. 

kalau respon tu kena dengan tekak kita, suka lah. kalau tak kena, nasib lah. haha.

alah, ada je. luar cakap “okay”, dalam hati? hancur.

semua orang rasa benda ni.


say all what you want. I dont want to deal with people’s opinion.






-M