Series Bloodhound baru aku pasang di Netflix. niat nak tengok la sikit since ramai dekat twitter bagi review bagus. aku tak layan sangat korean, tapi sebab dah no 1 dalam top 10 dan dah tengok snippet macam bagus ja, so aku cuba la tengok.
jam 1030 malam.
hmm awal lagi.
tiba tiba telefon aku berbunyi, laju aku menerpa untuk melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin paparan.
“Mommy”
ha sudah. ni odd hours ummi nak call. something wrong happened.
“Hello assalamualaikum mi”
“mari tengok abah kejap. abah tak boleh bangun ni”, kedengaran suara adik di hujung talian.
Allahu.
aku menelan air liur. apabenda pulak ni?
aku capai anak kunci kereta dan bergegas ke rumah ummi.
aku tiba di ruang tamu, kelihatan sekujur tubuh abah terbaring di tengah tengah ruang tamu. aku mendekati dan amatinya.
“abah rasa pening, semua benda jadi berganda, pandangan jadi tak jelas”
“abah ada sakit dada tak?”
“tak ada. cuma rasa kebas tangan sikit. tangan kanan”
dahi berpeluh
badan berpeluh sungguh
tangan sejuk
loya nak muntah
“jom ke hospital”, aku bertegas.
adik dan ummi terus siapkan apa yang patut. kad pengenalan, buku TCA, rekod rekod kedatangan ke hospital, senarai ubat ubatan semua disemat rapi kedalam satu fail jenis lekat berwarna biru lalu diserah kepada aku untuk dibawa bersama ke hospital.
aku cuba memapah abah ke kereta adik.
masih boleh jalan tapi daya tersangat lemah. jantung ke?
setibanya di kecemasan abah di bawa ke bilik triage sekunder untuk ujian elektrokardiogram (ecg).
Q wave lead II, III, raised V2 till V4
aku cuba membaca dengan sisa sisa ilmu yang masih ada sejak meninggalkan arena kecemasan.
ah tak cantik ni.
abah dibawa ke Zon Merah dan diletakkan di katil no 6. probe ecg disusun sekali lagi pada dada abah mengikut warna. lead clipper pula diletakkan dengan teratur. hijau di pergelangan tangan kanan, kuning di pergelangan tangan kiri, merah di pergelangan kaki kanan dan hitam pergelangan kaki kiri.
“awak siapa? waris pesakit ke? boleh tunggu diluar dulu ya”
ah tak boleh jadi ni. aku perlukan kad kuasa aku. yih!
jauh okayy nak pergi ambik dekat ofis! pfft whatever.
setibanya aku kembali ke Zon Merah baru la terasa gagah. misi bagi laluan, houseman datang entertain. MO tadi pun helok datang balik dan explain. amboiii double standard ya!
bacaan ecg kedua masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. kata doktor yang merawat ini mungkin adalah bacaan asal dan ternyata sama bacaannya ketika tahun 2018.
aku memerhati doktor Pakar Kecemasan memeriksa sistem neurologi abah.
gag reflex ada, power 5/5 all limbs, mata ada diplopia, dan occasional nystagmus. Babinskii downgoing, clonus nil.
Abah telah diatur untuk ct brain dengan segera sebab mengikut abah, ada tanda tanda stroke.
CT brain selesai, tiada tanda tanda strok yang baru. yang lama pun tak jelas sangat.
Alhamdulillah.
tapi selepas je proses CT brain selesai, simptom
abah macam lagi teruk. blurry of vision jadi makin teruk, begitu juga dengan slurred of speech. Pakar tadi periksa sekali lagi, dan katanya abah ada Crescendo Transient Ischemic Attack (CTIA) dan risk untuk convert jadi actual stroke itu tinggi, lalu dimaklumkan kepada bahagian neurologi, penggera thrombolysis diaktifkan.
namun setelah di review oleh doktor bahagian neurologi, abah tidak memerlukan rawatan agresif trombolisis, cukup sahaja dengan rawatan clopidogrel.
setelah berbincang dengan konsultan neurologi, abah dirawat sebagai acute ischemic stroke jenis posterior circulation infarction (POCI). abah dimasukkan ke wad general.
semoga abah baik baik sahaja.
4:57 pagi. izinkan aku meletakkan kepala pada pagar katil sekejap.
-M
