Wednesday, April 26, 2023

Sophie random

Kisah satu.

Sophie menerpa kearah aku dengan membawa 4 helai tudung.

"Abi, cuba tengok ni. cuba Abi pilihkan untuk Opie yang mana sesuai dengan baju kurung Opie ni" dia menghulur tudung tudung tersebut. ada 4 warna. satu kelabu gelap, satu electric blue, satu bold green, satu lagi dark purple.

Sophie meragakan baju rayanya yang baru itu bak peragawati, terpusing pusing dengan pelbagai gaya. base nya berwarna hijau dengan bunga bunga biru.

"dah dah. pening Abi tengok. nah yang ni cantik" aku berkata seraya menghulurkan tudung berwarna kelabu gelap seakan hitam itu. pada pandangan aku itu yang paling cantik dan sesuai la untuk dia. 

"tapi sebenarnya Opie suka yang ni" dia merangkul tudung biru ke dadanya. tudung yang aku hulurkan elok je dia ambik dan letakkan balik. 

"kesian Abi kena pilih tudung untuk Opie padahal Opie dah tahu mana satu yang Opie nak" katanya bersahaja sambil mengambil balik semua tudung dan mara ke biliknya.

"eh eh amboiiiii"

dia hanya ketawa dan seraya menutup pintu bilik.


Kisah dua.

aku tiba di perkarangan rumah ketika azan maghrib berkumandang. setelah kereta di parkir di tempatnya dan sesudah azan selesai baru aku unload semua isi kereta. wife aku bawa Lily masuk ke rumah dahulu dengan iringan ayatul kursi. Ben aku dukung dengan beg galas jaws nya itu dan letak di muka pintu.

"Askhum!" jeritnya sebelum berlari masuk ke dalam rumah. bagi salam lah kot kan.

Sophie dah masuk terlebih awal bersama beg sekolah dan beg pakaiannya.

seusai aku mematikan enjin kereta dan berjalan ke arah pagar untuk mengunci pagar utama, Sophie memunculkan diri ke depan pintu lalu membaca ayatul kursi dengan kuat macam nak suruh satu kampung dengar.

setelah habis satu ayat tersebut aku pun mula masuk ke dalam rumah.

"Opie kenapa baca kuat sangat ayat kursi tu, memang nak suruh satu kampung dengar eh" aku bertanya dengan sedikit tergelak.

"tak. Opie baca ayat kursi supaya Abi tidak diganggu syaitan" katanya serius.

Lah. 

aku hanya tersenyum melihat anak sulung ku ini. dah besar dah dia. dah bijak. dah matang. 

aku mengusap dahi dan rambutnya.

"jom masuk rumah. maghrib sekali?"

"jom Abi."


banyak benda yang berlaku dalam hari aku hari ini. but i dont know which one made me feeling elated like this. 

alhamdulillah.



Sophie anak Abi. 





Mofar Rahman.

Tak kisah rumah siapa.