Friday, May 12, 2023

Mati Kutu

Early noon, circa March 2023.

Just came back from audit meeting kematian bawah lima tahun dekat pejabat kesihatan daerah ni. case presentation daripada MO KK sangatla membosankan (sorry!). audit under 5 tapi duk cerita detail pasal maternal punya antenatal checkup. aku datang ni untuk review case aku je.

tiba giliran kes aku. MO district yang join post mortem sekali dengan aku tampil ke podium untuk present kes ni. slide part forensik aku dah bagi dekat MO tu awal awal. niatnya supaya kau tengok dulu slide tu, tak faham tanya aku. so that kau boleh study dulu. aku dah siap warnakan semuanya supaya kau boleh identify things, this and that. aku tahu kau tak tahu histologi. tapi apa kau buat? tanya pun tak. aku ingat kau dah faham. tapi tengoklah performance kau hari ni? kau hanya baca je apa yang aku tulis. like yang aku label semua struktur yang mempunyai kejanggalan tu buat apa? ugh geram pulak aku.

ringkasan kes? baiklah aku cerita. budak ni berumur 2 tahun dan dikatakan sudah tidak sihat selama 5 hari. muntah muntah, minum susu pun muntah. makan lain pun tidak. ibu bapa tak bawa ke hospital dengan alasan “anak masih bermain dan tidak demam”. hanya hari kelima baru mereka dapati si anak ni sangat tidak bermaya dan sudah jadi sayur. ketika post mortem dibuat, secara klinikal budak ni kering. mata cengkung, keanjalan kulit memang teruk, kulit berbintik bintik (mottled skin). secara logik, budak ini keep losing fluid without any replacement, for 5 days. aku dengan bos buat kes ni, dapati one of contributing factor adalah budak ni ada congenital band (sejenis penyakit yang mengehadkan proses pencernaan makanan dan berlaku secara sejak lahir lagi). bukti kekeringan air tidak dapat dibuktikan melalui post mortem.

sebab mati yang diberikan adalah penemuan ketika bedah siasat. tapi apparently ramai pakar, profesor yang datang audit tidak bersetuju.

ketika team aku dibelasah, katanya tak guna buat post mortem kalau last last macam tu je cause of death yang kau boleh bagi. aku ambil mic, and grabbed the attention of the audience. aku mula bersuara. aku gugup tapi aku harus back up aku punya team. 

sepatutnya aku cakap

“kami di forensik bekerja atas arahan bedah siasat yang dikeluarkan oleh polis melalui borang Pol 61. kami mengamalkan konsep evidence based medicine, dan sebab mati diberikan berdasarkan penemuan ketika bedah siasat. segala sejarah yang diperolehi daripada keluarga adalah hearsay, boleh dijadikan maklumat tambahan dan tidak boleh dijadikan panduan hala tuju bedah siasat dan tidak membantu proses mengeluarkan sebab mati. sebab hearsay boleh berubah ubah. kalau ditanya kepada 3 orang tentang cerita yang sama, sudah tentu ada tokok tambah dan pengurangan fakta walau cerita hampir sama. untuk kes ini, bukti kekurangan air, bukti renjatan hipovolemik sukar untuk dibuktikan di dalam bedah siasat. namun penemuan congenital band pada usus kecil dan bukti klinikal lain menyebabkan kami keluarkan COD (cause of death) sebegitu.”

instead aku hanya cakap

“kes ni saya buat dengan pakar saya, dan kami menemui congenital band ketika post mortem dilakukan”

ada yang bersetuju, ada yang mencebik. 

“cOnGeNiTAl bANd JeR? KeNAPa bUKan hyPOVOlemIC ShOcK jEr?

some of my colleague cakap aku dah cukup baik, bangun dan explain at that time. tapi bila difikira balik aku sangat la tidak puas hati dengan penerangan yang aku bagi. macam aku tak backup sangat team aku. ugh!

aku ingat lagi ketika pulang dari audit ni aku masuk ke dalam bilik bedah mayat dan pegang pisau PM40, thinking i should have done, said better.

itsokay. belajar daripada kesilapan. next time ill do better insyaAllah.

mungkin ada penemuan bukti kekeringan di dalam bedah siasat, cuma aku je yang tak tahu. jangan risau, kau tunggu jap Pekka & Sauko, nanti aku baca kau. right now aku nak tidur. bye!



Mofar Rahman.