TW: this entry is kinda messy. just something i write to straighten the messy thought in my head.
“Bang, maaf mengganggu, nak tanya boleh tak perlahankan sedikit volume karoke keluarga abang ni?”
aku terus mengajukan permintaan kepada seorang lelaki yang aku rasakan ketua keluarga melalui lenggok tubuh dan jumlah perhatian yang diberikan kepadanya.
“lah takkan nak karoke pun tak boleh? dah la main mercun pun dah kena sound tadi”, dia mencebik
“maaf lah bang. saya ada dua orang baby nak tidur sekarang ni. lagipun dah pukul 1030 ni”, aku cuba menunjukkan waktu semasa melalui jam tangan aku, namun hanya dipandang sebelah mata.
kelihatan lelaki itu mengeluh, ramai sekeliling mula berpeluk tubuh, puntung rokok dipegang dihujung dua jari, jari telunjuk dan jari hantu. ada hampir 7 orang datang mengelilingi aku, dan semua anak mata tertumpu kearah aku.
aku mengucapkan terima kasih seraya berpaling tubuh dan meninggalkan kawasan tersebut. entah dengar entah tidak. marah barangkali.
sekali lagi aku rasa malam aku meresahkan.
aku dan keluarga kecilku join sekali hari keluarga bersama ipar duai aku, menginap dan bermalam di salah satu resort di Terengganu yang pada hemat aku pernah terkenal suatu masa dulu.
aku tak expect sangat pun macam mana keadaan resort ni, tapi tak sangka lah teruk juga resort ni ya. nanti aku review dekat google maps review. tapi sekarang aku nak fokus dekat perasaan aku.
jam pukul 9 malam. dua anak kecilku mula merengek nak tidur. tapi keadaan bahang dalam rumah, suasana bingit dentuman mercun, menyukarkan proses diorang nak tidur. aku tak kisah pun. aku boleh handle. aku boleh bawa diorang naik kereta dan keluar daripada tempat tu. yang membuatkan aku terkilan adalah sepupu sepapatnya yang hampir semua ralit memegang telefon pintar. untuk si Ben, sepupunya tadi yang bermain berlari sekali semua diam ibarat di gam mata ke telefon. si Opie pula mencari ruang kosong daripada seorang ke seorang untuk tengok apa yang menarik di telefon pintar masing masing.
situasi ni menyebabkan aku berasa bersalah kepada anak aku walhal aku rasa aku dah berada di right track.
dalam perjalanan pulang ke bilik, kami melewati beberapa wakaf yang pada setiap wakaf itu ada ramai lelaki wanita tua dan muda, kanak kanak berlari, baby pun ada. bakar bakar ayam, menyanyi, main kad dan sebagainya.
aku hanya memandang wife aku, dan dia hanya membalas pandangan dengan mengangkat bahu. anak anak aku diajar tidur sebelum pukul 9. biasanya kami pun tak akan keluar rumah malam malam after 8, melainkan aku bertugas di atas panggilan, dan ada kes. aku takda night life. aku tak lepak dengan kawan kawan. aku takde kawan pun even. bila aku tanya ummi, memang kami adik beradik di ajar tidur before 10pm, dan parents aku pun bukan jenis keluar malam.
apa yang berlaku sekeliling malam ni membuka mata aku jugak la actually.
sebenarnya ramai je yang masih enjoy night life. jumpa kawan minum minum lepak lepak. angkut anak anak letak dalam kereta, bawak pergi berjalan ke mana mana.
cuma aku yang tak praktis.
biarlah. setiap orang ada lifestyle masing masing. dan siapa aku nak judge? cara hidup aku pun bukan betul sangat pun.
lets stop here. aku dah malas nak fikir.
Mofar Rahman.
Resort hancur.