Saturday, April 22, 2023

Kanak kanak riang

 "Keep your children wild - don't make them grow up too fast"

Brooke Hampton.


Aku sedang menemani anak ku si Bunyamin untuk bermain bunga api bersama sepupu sepupunya yang kecil dan sebaya dengannya. pada awalnya Ben kelihatan berani dan bergaya dengan kasut spiderman nya yang mengeluarkan lampu bercahaya lip lap apabila dipijak. sekali dia pegang bunga api, dan cucuh hujungnya ke dalam api lilin, lalu membakar belerang didalamnya lalu mengeluarkan percikan api, aku lihat raut wajahnya berubah. dia menjadi kaget dan takut. bunga api dihalakan ke arah aku lalu aku ambil. Ben mula bersembunyi di belakang aku.



Aku dukung Ben dan memeluknya erat. dan aku tunjukkan dia kearah langit untuk menghilangkan ketakutannya. 

Bunyi dentuman mercun bersahut sahutan datang dari segenap sudut rumah itu. cahaya yang dihasilkan mewarnai kanvas hitam malam yang gelap. kadang kadang ada juga nampak percikan bunga api yang besar dari hujung sana memberi pantulan bercahaya ke dalam anak mata Bunyamin. dia kelihatan kagum. selepas warna merah bertukar ke warna hijau, seterusnya kuning, putih dan begitulah cahaya bunga api itu silih berganti, memunculkan bayangan pokok kelapa yang mengelilingi rumah.

Aku melihat sepupunya yang lain. berlari lari mengejar satu sama lain. ada yang ralit bermain bunga api sambil bersenandung lagu raya. ada yang tengah menyusun dan mengira bilangan bunga api yang telah dicucuhnya. ada yang cuba menjadi adiwira dengan menerpa kearah api lilin dengan tangan dalam posisi mencubit untuk memadamkan api lalu dihalang oleh ibunya disitu. 

Aku membawa Ben naik ke rumah dan rehatkan diri di ruang tamu. kanak kanak terus bermain. Ben pula terus hilang, membiarkan diri hilang di dalam berbakul bakul mainan. ada yang bermain gasing berlampu lip lap, ada yang bermain anak patung, ada yang leka bermain telefon pintar. ada yang jatuh, menangis. botol botol susu pula elok sahaja bersusun di tepi sofa kepunyaan nenek mereka. yang geng geng bayi pula hanya crawling dan memenuhi ruang lantai. kalau jatuh, menangis. kalau orang dukung gelak ketawa pulak dia. 

Kanak kanak sangat carefree. mereka tiada kebimbangan dan tanggungjawab. tindakan mereka adalah spontan. kalau nak menangis, mereka menangis. kalau mereka gembira mereka tertawa. kalau mereka setuju dengan seseorang mereka akan show interest. pendek kata setiap tindakan dibuat tanpa memikirkan consequences. berebut mainan ke, bergaduh dengan kakak ke, sepahkan mainan secara dahsyat ke. 

carefree. clumsy. dirty. curious. loud. kids need to be those. 

Aku pasti setiap orang pernah melalui zaman carefree ini. namun sifat itu perlahan lahan hilang sejak kita meningkat dewasa. digantikan pula dengan anxiety, dengan tanggungjawab. tiada lagi tindakan semborono yang akhirnya tidak memberi kesan apa apa pada diri. tiada lagi keputusan yang boleh dibuat secara "spinal reflex" tanpa memikirkan consequences. boleh je nak jadi macam tu tapi bersedialah menghadapi collateral damage. 

Ditengah hiruk pikuk, suara menangis yang seakan bergilir gilir, bunyi dentuman yang bersahut sahutan di luar sana, suasana bingit dengan sorak tempik kanak kanak dan orang dewasa, aku tetap merasakan sesuatu yang unsettling dalam hati aku. seakan akan yearning. suasana gembira ini membuatkan aku terlalu rindu pada yang tiada, mungkin arwah abang aku?

mungkin. 



SHRMZB pada yang mengenali diri ini.






Mofar Rahman

Rumah Kita.