baru sahaja end call dengan sahabat lama yang kerja di Gua Musang dulu. sudah hampir satu tahun aku meninggalkan sahabat aku ini. terpisah dek arah tujuan, keinginan dan prioriti masing masing. sahabat aku seorang ini aku anggap istimewa atas beberapa faktor. he is loud, he is smart, he is outspoken, he is playful dan juga good looking. always looks presentable, good repo with friends, relatives especially oldies. dia ni segalanya yang bukan aku. aku adalah exact opposite dengan kawan aku tu. but who cares, ukhuwah fillah abadan abada.
aku terdetik untuk menelefon sahabat aku yang seorang ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerana rindukan sahabat sembang kencang, dan nak tahu tajuk lagu yang kami selalu karok ketika berada di Gua Musang dahulu, ketika semua menyamar sebagai "bujang" di kuarters hospital.
tajuk lagu adalah Buwan nyanyian Juan Karlos. its pinoy songs but we managed to karok anyway in our own babbles and jargon.
selepas end call aku terasa agak terkedu dan terkilan. sahabat ku ni nama dia Burhan. dia ni semenjak houseman lagi sudah dikenali ramai dan seantero clan doctors batch nya yang dia ni nak jadi surgeon, dan alhamdulillah he is now in a right pathway. selepas houseman, dia floating di surgical department. di campak ke Gua Musang masih person incharge surgical case, dan telah diserap masuk even oleh surgeon di Kuala Krai sebagai resident MO, dan sudah dilantik untuk next in line trainee untuk join master program untuk menjadi seorang surgeon. jalannya sudah jelas. laluannya seakan sudah dihampar karpet merah.
tapi apa yang diluahkan mengganggu aku. dia nak resign daripada KKM setelah mendapat status tetap dalam 6 bulan lepas dan alhamdulillah dapat stay dibawah hospital yang sama. katanya passion terhadap surgery semakin hilang. dia sudah mampu untuk perform minor surgery, hernial repair, appendicectomy dan beberapa lagi procedure yang selayaknya mampu dilakukan oleh pegawai perubatan pembedahan. setelah satu tahun setengah dalam bidang ini, dirasakan semakin jauh hati kepada passionnya itu. the process nak jadi surgeon boleh dipertimbangkan, cuma yang menjadi kegusaran adalah kehidupan seorang surgeon.
seorang surgeon haruslah sentiasa oncall mengikut ketetapan dan bilangan surgeon yang available di hospital itu ketika itu. segala pembedahan major harus di attend. seorang pakar bedah harus mampu membuat keputusan yang rumit dan kritikal dalam satu tempoh masa. banyak lagi skop tugasan surgeon kamu orang boleh cari sendiri. dan apparently mengikut Burhan, tugasan itu tidak mampu digalasnya. katanya berat untuk seorang Burhan.
katanya minatnya lebih tertumpu untuk membuat locum dan buka klinik sendiri, malah sudah ada partner untuk dia proceed. keluarga sudah setuju, isteri pun menyokong. ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal. cuma kerisauan berlaku, risau kliniknya tidak setanding klinik gah yang lain yang sudah lama bertapak di satu satu kawasan, dan hati penduduknya.
masa depan seorang doktor di dalam KKM semakin kabur. tiada backup daripada kementeriann. gaji yang sudah lama tidak di revise, permohonan kenaikan tuntutan bekerja atas panggilan (oncall) pernah diusulkan dan ditolak mentah mentah oleh kementerian. even banyak doktor yang resign mutakhir ini pun KKM macam tak ada langkah nak bendung, seolah olah setuju dengan perletakan jawatan beramai ramai.
aku menasihati si Burhan untuk kekal di dalam KKM. dia ada potential. dia boleh ada surgeon. he got styles, he got the knowledge. tapi hatinya sudah tidak disitu. dia sudah berpaling. namun sebagai seorang sahabat aku hanya menyokong apa yang dirasakan terbaik untuk dirinya dan anaknya. its such a waste tapi itu jalan yang dia pilih, maka aku support.
butang end call ditekan. aku terasa hiba. perasaan ni sama ketika si Syafik decide nak resign hospital setting dan masuk ke primary setting. namun pilihan masing masing. aku hanya mampu doakan yang terbaik.
selamat tinggal sobat. jumpa di dunia yang lain.
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Mofar Rahman
Rumah Kita.

