Monday, April 17, 2023

Hujan Hari ini

Hampir sebulan bumi kota bharu kekeringan. debu debu halus bertebaran. pokok pokok pun rata rata sudah layu. itu pokok atas tanah ya. kalau pokok dalam pasu memang azab.


aku ni kerja dengan kerajaan, balik ke rumah pun dah petang. tak sempat nak siram pokok ye kalau petang. jadi aku gagahkan jua untuk siram pokok pokok aku malam selepas isya atau terawih. tapi apparently tak cukup ya. kena at least siram dua kali sehari. pagi dan petang. aku tengok pokok tin aku mati, pokok lemon aku pun kekeringan, pokok limau nipis pun banyak daun gugur. pokok ketapang nampak gagah lagi. pokok draco dengan draco american pun nampak utuh lagi. pokok jasmin yang 4 ketul tu? masih keluarkan bunga yelah korang duduk atas tanah boleh cari air sendiri. rumput jepun aku yang secoet itu pun dah mula nampak kuning kuning despite of aku siram almost everyday. kau dah la duduk atas tanah ada hati nak kuning jugak. pokok mangga epal steady. 


kereta habis berdebu. kereta aku, kereta wife sampai tak ada rupa kereta dah. tambah pulak sekarang ni bulan Romdon. jadi panas dia lain maciam. kalau keluar rumah jalan kaki bawah sunlight kan, pedih kulit kau. kulit dahi macam kena bakar. wife aku pun dah burn muka dia. tapi jangan risau awak masih tercantik di hati saya haha.


alhamdulillah hari ni akhirnya selepas sekian lama bumi kota bharu ketandusan air dari langit, tepat jam 1243 tengahari hujan mula membasahi bumi. alhamdulillah. air mula melalui di atas jalan membangkitkan bau tar yang sekian lama dirindui, rumput mulai basah, longkang mula dilalui air. nampak beberapa orang sudah mula berpayung, beberapa geng geng penunggang motosikal kelihatan berhenti berteduh. 


aku pula keluar daripada pejabat dan ke tengah jalan untuk meraikan hujan. membiarkan titisan hujan membasahi sebahagian kecil baju aku. bayu hujan menyusupi ruang tubuh aku yang tak tercapai menyejukkan tubuh yang dah lama aku rindu. limpahan  air hujan yang mengalir di atas jalan mula membasahi birai kedua dua kasut aku. ahh seronok.


tapi tidak lama aku disitu. harus kembali ke realiti. too much good things pun tak elok. kan dah basah kuyup. 









Mofar Rahman

Bilik Rehat Forensik