Thursday, September 01, 2022

Seorang Bunyamin #1

Tidak, tidak! ini bukanlah tentang seorang Bunyamin yang tersohor, iaitu saudara kepada Nabi Yusuf a.s. kalau anda mencari artikel tentang Bunyamin tersebut, ini bukanlah cerita tentangnya. jadi siapa Bunyamin yang aku maksudkan ini?

Dia adalah seorang budak lelaki cilik, manis dengan senyuman, mata sepet, kuat meraung tatkala ditidakkan yang berumur 1 tahun 7 bulan. dia baru sahaja ingin mengenal warna, melihat dunia, mengenal kehidupan. dia seorang Bunyamin. dia anakku.

ketika aku menulis entry ni, Bunyaminku sedang tidur. baru sahaja lepas merengek. taknak tidur. cuba aku tidurkan, namun tersedar kembali dengan grand entrancenya seperti biasa iaitu meraung sekuat hati sampai adiknya yang baru berumur 52 hari itu tersedar, tanpa air mata pun. hanya lolongan yang padu. heh. selepas beberapa kali aku bawa keluar untuk menemani aku di hadapan kompiter ni, dia mula merengek. garu garu leher. buat muka kesian. aku tengok dia kembali, tiada reaksi lain. hanya frowning. lalu aku periksa lampin beliau. cis. ada plastesin warna kuning cair. Ben, kalau awak berak cakap je la awak poopoo. tak payah la nak bertepekk peluk lengan Abi. adeh. dah la banyak!

oh lupa. perkataan pertama si Bunyamin ni adalah tidak lain dan tidak bukan. ia adalah "air". kenapa bukan ibu? bukan susu? bukan Abi? apatah lagi nak menyebut "delicatessen"? entahlah nak. tu persoalan yang kami tidak mampu jawab. penat juga hari hari aku ajar sebut ibu.

Ee - buuu.......

Eee (dengan nada lebih sharp dan kuat, serta tegas... sikit) buuuuuuu....

Eeeeee! buuuuuuuu...

dia hanya mampu tersenyum tunjukkan gigi susu tersusun elokk dan berlalu dari situ.

Ben masih gagal. perkataan kedua yang dia boleh sebut adalah "NAK". diikuti pula dengan "BABA (atuknya) dan semestinya "ABI" hehe. selepas tahu sebut abi, habis semua benda nak di"abi"kan. dan aku hanya mampu senyum dan menyahut seruannya. 

Tantrum Bunyamin kini semakin lama semakin menjadi. ada sahaja dramanya kalau tidak diberi apa yang dia nak. contoh dia nak di dukung, aku refuse, terus mengamuk. terduduk, adakala berguling. mulut terlopong ibarat siren bomba. habis isi rumah terkejut. tantrumnya short and sweet gitu, loud for almost 15 saat dan kembali reda. tapi nak bertahan dengan 15 saat tu setiap 5 minit... aiiiiii. lama lama geram jugak. dan ofkos bila keadaan tidak dapat di kawal hanya Ibu yang si pujaan hati anakanda akan menyelamat. most of time dia nak didukung, lepas tu order kesana kesini, ambil itu dan ini. Ibu hanya layankan sahaja anak jantan dia tu. kalau ikutkan hati aku, memang aku biar sahaja situ. nanti dia boring dia datang smackdown aku balik. 

kerisauan utama aku dengan wife adalah si Bunyamin ni kurang selera makan. tapi kalau minum susu dialah champion. ada satu kali penjaga dia dekat Taska bagi dia 10 botol susu per day for 1 week (dapat detect sebab cepat lain macam taska minta refill Sustagen nya). kami agak marah dan kecewa sebab kenapa buat macam tu. dan jawapannya sebab tak mampu kawal Ben yang suka didukung. hanya susu yang boleh buat dia duduk diam. kami akur. selepas itu susu hanya dilimitkan hingga 4 botol sehari sahaja. 

beberapa kali follow up menunjukkan berat Ben berada di paras yang membimbangkan. berada di betul betul atas garisan berat minimum. haih. Dr Zam selalu suruh kami gelaskan susu botol tersebut. namun tidak berjaya. tukar susu sustagen kepada Pediasure, Ben tak minum. makan nasi serta added extra calories, dibuangnya begitu sahaja. sekarang tengah consider nak tukar taska. sebab Ibu macam detect si Ben ni weekend ja terus berat. bila masuk weekday pergi sekolah, balik balik terus rasa ringan.

we will see.

jatuh terguling guling time lari dekat track gelembung di Kidzoona semalam. 


apa yang aku kagum dengan Bunyamin ni, dia seorang budak yang berdisiplin, untuk seorang kanak kanak lelaki yang berumur tidak sampai 2 tahun. pukul 6 sudah bangun kejutkan kami. 645 pagi dia sendiri akan minta nak mandi. seorang yang jenis kemas, sebab kalau dia ambil mainan, selepas main dia akan letakkan balik, instead of sepahkan (most of times la. ada je dia baling sesuka hati dia). mendengar kata, understands No very well tapi buat jugak. suka senyum, sangat adorable kalau bermain dengan Cik Su, Tokmi dan Baba. tidak boleh tengok aku rileks, mesti akan diterkamnya. di gusti, dibelit. di cubit. di cakar. kakaknya pun sama. ada sahaja adegan tarik menarik rambut, cubit cubit si kakak. tapi kakak tidak pernah balas walau sekali. sayangkan adik katanya. Ben tidak suka sepahkan makanan. apa yang dia makan, dia cuba, dia akan sedaya upaya cari aku atau ibunya atau kakaknya untuk kasi balik apa yang dia tidak boleh telan. walaupun agak gross, soggy, lembik dan sebagainya, kami redhooo. eloklah kan daripada buang merata, muntah situ sini.

walaupun ada ups and downs, anak anak aku ini lah yang menjadi penyeri rumah kami. dengan telatahnya, gelak ketawa, menjerit sana sini. gaduh lah itu lah ini lah. semua tu yang buat aku rindu dekat diorang. Sophie dengan karenahnya. Bunyamin dengan karenahnya. Lily? awak sabar jap. bagi abi setelkan kakak dengan abang awak.

seronok melihat kamu bertiga berkembang dan bertumbuh. Abi bangga dengan setiap kamu.



Mofar Rahman

Rumah Kita, 2356.