"aku cuba untuk berhenti berfikir tentang sesuatu yang aku tak boleh ubah"
ya. aku rasa betul dah tu. eh jap. eh ya. dah betul.
in one way, hidup kita ni ada dua perkara utama. satu benda yang kau boleh kawal, satu lagi tak.
perkara yang kau boleh kawal ni macam personaliti kau sendiri, pilihan kerja kau, warna rumah, pakaian kau bila nak keluar rumah, perbelanjaan, dan banyak lagi. sesuatu yang boleh kau ubah semahu kau. dan lagi elok kalau kau boleh rancang. nak makan apa nanti, nak pakai baju apa esok, nak kena iron berapa pasang baju untuk this week, or boleh je kau nak iron hari hari tapi bil letrik kau mencanak jangan marah ya.
benda benda begini bila in order, ikut rutin kita, kita boleh relaks. lapang fikiran. kita seakan boleh jangka apa yang berlaku lepas ni.
bila masuk perkara yang kita tak boleh kawal ni, dia banyak benda. perangai orang lain selain kau, cuaca, jem atas jalan, perangai bos kau, kalau kau bos, perangai orang bawahan kau lah. kau juga tak boleh kawal pemanduan kereta orang lain atas jalan. even diorang bawak macam mabuk dan kau dah meluap luap nak marah, kau still tak boleh ubah dia. sumpah seranah, and so what? dia still dengan reckless careless and whateverless more. jadi benda benda begini kalau kau nak fikir, semua benda kau letak dalam kepala kau, lama lama kau mati kejung sebab stress. unnecessary exhaustion, emotional disturbance. tak puas hati dengan spouse, geram dengan anak anak. lifestyle begini buat kau tak stabil. darah kau senang naik, dan bila kau stress kau boleh buat macam macam. binge eating contohnya yang pada akhirnya akan lead kepada benda benda lain.
di dalam kisah aku, sebelum ni kesalahan aku adalah aku mampu nak kawal dan bentuk anak aku mengikut acuan yang aku nak, dengan cepat dan padu. nak kawal anak tu tak salah, yang salah tu adalah nak cepat dan padu. they'll learn, but it'll take sometimes. long time.
aku selalu nak anak aku bangun awal ke sekolah, terus ambik towel dan siap ke bilik air. selepas tu terus siapkan diri, sikat rambut kemas, kemas katil dan beg sendiri. pergi sekolah belajar, balik rumah buka buku, belajar menulis, belajar membaca. tengok TV pun ikut timelimit. dan tidur on time. untuk si Bunyamin pula at least aku nak dia aware surrounding, tengok kalau kami occupied dengan si Kakak atau Lily dia boleh bawa diri ke playroom (contohnya) dan kami akan attend selepas semua selesai. tu at least.
so what actually happened?
bangun pagi meragam satu hal. bangun lambat satu hal. tanya baju dekat mana padahal depan muka dia. si kecik je terus buat grand entrance. bertempik nangis sampai terbangun si baby yang biasanya tak dapat nak tidur malam tu. tu baru satu contoh. ada lot more.
biasa lah kan. budak kecik. let them grow!
kata kau. kata aku, untuk yang jenis malas nak kalut pagi pagi ni akan jadi macam stress ya. lepas tu mula la nak naik suara. tangan pun ikut naik sekali. which is not good.
so aku decide, aku nak masukkan anak aku dalam kategori perkara yang aku tak boleh nak kawal. macam mana reaction diorang, gaduh sama sendiri ke. nak buat perangai ke, nak tantrum ke, ikut awak la nak. nak nangis ke apa. its part of growing up. and as a father aku kena sapot benda benda camni. bukan terus nak caras, nak potong, nak halang.
let them be.
satu perkara yang aku kena put dalam kategori tak boleh nak ubah, dan luar kawalan aku adalah wife aku sendiri. susah ye nak baca fikiran dia. dah berapa tahun kawen hidup bersama pun masih payah nak catch. banyak benda yang surprise. dalam kepala aku (dan kepala suami yang lain juga aku rasa) nak wife yang boleh dengar aku, faham aku, ikut apa yang aku nak, setuju dengan aku dalam banyak perkara. tapi tak. hidup tak seindah imaginasi. sebab dia pun manusia, punya kemahuan dan kehendak sendiri. ada akal pikiran sendiri. sekarang pun dah beberapa hari merajuk atas benda kecik. dah banyak kali kena cakap pemalas la, semua benda kena buat sendiri la, tak pernah concern la. macam macam lagi dia label aku. haih.
aku faham. tapi masih buat aku stress. sakit kepala.
so aku decide, wife aku adalah perkara luar kawalan aku. aku tak boleh shape dia, tak boleh expect apa apa. let her be. kalau dia nak berbaik dia datang, dia nak gaduh ke nak merajuk dia sembur. most of time aku pilih untuk mengalah, tapi time tu jugak macam dia tak puas hati. entahlah. yelah. aku pun bukan perfect untuk dia. banyak flaws and all.
so dengan buat cara ni, aku jadi lebih lapang. dan aku perasan dada aku dah kurang sakit sekarang ni haha. well, experimet successful!
dah la. aku nak tukar address blog. tak perlu semua orang nak baca blog ni. came here just to organise my head.
Mofar Rahman
Rumah kita, 2243H.