Pada petang jumaat yang santai, aku dengan adik beradik ku, rehat santai dekat ruangan lepak di living room rumah umi. kami duk pakat suggest channel mukbang favourite masing masing, siapa foodie siapa yang acah foodie. siapa suka tengok channel masak masak. maka keluar la nama nama seperti KhairulAming, Che Nom, malah Li Zi Qi pun ada. lepas tu siapa foodie travel vlog yang best. aku share la personal favourite aku iaitu iChang RM, Fikri Zamri.
tiba tiba aku suggest channel memasak sorang ni. nama dia Rozek TV. aku tak selalu tengok dekat rumah aku, tapi selalu je bukak dekat rumah ummi. masakan dia exotic dan rare. lain dari yang lain. masak sup kulit lembu, masak kari kepala kambing, masak telur dadar ikan tu ikan ni. lepas tu masak ikan sungai yang dia tangkap sendiri.
aku ada terlintas di dalam hati, "emm kalau Rozek ni, aku tak kisah la dia masak apa sekalipun, aku suka tengok cara dia memasak".
lepas tu kami pun layan tengok Rozek masak mentarang dekat pantai area rumah dia. dekat Perak la kut kan.
tiba tiba anak aku si Bunyamin tu overexcited, pergi lempar bola ke atas kabinet tv, lalu terkena air dan tumpah dekat dekoder astro tu. kami semua terkejut.
ketika semua orang "ya Allah!", atau "Yakkk Bunyamin!"
my sorry ass shouted "ROZEK!"
semua terdiam. awkward. adik perempuan aku, kakak aku dengan umi aku jeling tengok aku. macam tengah buat keputusan nak cepuk ke tidak.
"nasib baik bini takde kat sini" umi cakap.
Mofar Rahman
Rumah Umi