Tipulah kalau ada orang cakap dia tak pernah gaduh dengan wife dia. or hubungan dia tak pernah ada konflik dan masalah. semua okay. semua fall into places.
bullshit.
dekat twitter ramai pasangan yang baru berkahwin dalam usia awal perkahwinan, seawal 1 or 2 tahun share tips hidup bersama masing masing. apa yang do and donts. sharing is caring whatever. aku tak nafi. ada point yang dia cakap betul. tapi ada macam... meh. kamu orang tak tahu lagi langit tinggi rendah. easier said than done. tu je aku mampu komen.
ada juga aku mencari tips daripada pasangan yang lama. hampir ada. tapi hampir tak jumpa juga haha. kesimpulannya theres no absolute truth or tips how to manage your marriage. sebab? lain padang lain belalang.
seketika aku bersama beberapa orang sahabat berbincang bagaimana masing masing menghadapi bini masing masing yang tengah tertekan atau stress. banyak tips yang membuka mata aku. cuma belum tentu aku nak laksanakan hehe. cuma aku agak terkejut dengan confession seorang sahabat aku ni. dia tampil sebagai seorang yang cool. tidak kalut dalam menangani masalah. dengan kata lain boleh work under pressure. tapi bila masuk bergaduh dengan bini dia pernah sampai satu tahap di mana dia ambil anak, larikan diri ke satu tempat. EL dari tempat kerja, off segala possible medium orang nak reach dia. after some times baru dia pulang.
gila!
aku tak expect benda ni berlaku dekat dia. seorang yang sangat cool, diuji sebegitu.
"kau jangan risau. even kau dah tackle banyak benda untuk dia, kau dah uruskan anak anak untuk dia, coverkan kerja rumah untuk dia, bagi dia me time super banyak, itu tidak akan pernah cukup"
kami tergelak. orang cakap, in every joke lies a little truth.
sedang aku menunggu lampu bertukar daripada merah ke hijau di persimpangan tadi, lalu di fyp aku satu tiktok ni. ia memaparkan dugaan suami dalam melayani isteri yang sensitif. isteri hantar suami pergi kerja di pintu rumah, cuba untuk bersalam lalu di biarkan, cubaan untuk berbuat baik tidak diendahkan. cubaan untuk makan bersama akhirnya si suami santap sendirian.
di akhir video dia berkata, "bersabarlah dan tunjukkanlah kedewasaanmu sebagai seorang ketua keluarga".
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya."
H.R Ahmad.
pesanan baginda untuk para suami. untuk aku. perlu santuni isteri dengan baik. dan sabar itu adalah sebahagian daripadanya.
banyak kali di rasakan cabaran untuk membuat baik. kerana apa?
kerana aku pun ada perasaan.
Mofar Rahman
Rumah, 2244H