Thursday, February 07, 2019

Dosa Mulut

jam 1235 tengah malam. sudah lewat. cerita Alita: Battle Angle baru sahaja melabuhkan tirainya. ahh. what a good movie.

mengisahkan seorang (seekor? sebuah?) yang dijumpai di scrap area. lepas tu bahagian tubuhnya disambung dengan parts yang ada lalu menjadi alita yang sempurna. plot cerita ini best, the cinematography, the martial arts potrayed, background music dan even credit song pun best. cuma yang spoil tu adalah part boyfriend dia yang macam anjir. itu sahaja. overall aku bagi 8/10. seriously, worth repeat.

aku tengok bersama abang aku dan juga adik. aku agak macam adik tido lah sebab dia full action movie but then turned out adik pun amazed with that movie. so my rm14 was not a waste afterall.



ketika aku memandu pulang dari Paya Bunga Sentral untuk ke Grand Puteri Hotel aku melewati kawasan jalan utama yang ditepinya ramai pejalan kaki. ramai pejalan kaki yang menelusuri jalan secara bersahaja malah sambil lewa.

"ah kalau kena langgar ni dia lah yang paling bising!" aku membebel.

"kalau dekat tempat kerja ni kalau patient datang  teruk misalnya kanak kanak yang bermain di tepi jalan lalu kemalangan dilanggar kereta, kebanyakan mak bapak tak ada untuk mengawasi anak anak. last last pemandu kereta atau motor je yang salah" aku sambung dengan celoteh panjang.

"biasanya kena tanya ni mana mak bapak time anak kena eksiden? mostly tak tahu pun anak keluar rumah!". aku membebel. Angah dan Adik diam tidak berkata apa apa. tiba tiba....

"memang kena ke tanya soalan tu?" Angah mula bersuara.

jujur aku terkedu dengan soalan itu. aku sedar sesuatu.

soalan mak bapak dimana time anak eksiden tu aku rasa, its not a fair question. sebab none of us mintak patient ni, anak diorang kena langgar macam ni (contohnya. ada je insiden lain, tercurah air panas, terbakar seluar, tercucuk pensel, masuk foreign body dalam ear/nose, dan lain lain).

kadang kadang aku penat nak melayan benda macam ni. sepatutnya aku teruskan rawatan, tanpa prejudis. aku tahu penat tu bukannya tiket untuk aku being rude. but shit happened.

aku mula sedar aku takut diuji benda yang sama. berlaku kepada anak aku. perkara yang tak diingini berlaku diluar jangkaan aku, diluar pengawasan aku.

mungkin ibu bapa tersebut ada defense masing masing dan kadang kadang mereka memberi sebab yang tak munasabah, lalu suara menjadi hanya sekadar bunyi yang jadi annoying sound yang keep shooting my ears.

semoga aku menjadi perawat yang lebih baik, empati dan penyabar. bukan menyelar keluarga pesakit dengan kata kata tajam tatkala hati mereka sudah cukup resah dengan apa yang berlaku.

semoga anak anak ku, isteriku dan keluargaku terlindung dari ujian akibat kata kata aku.



Mofar Rahman