Sunday, February 17, 2019

Selfish bastard

Sedang asyik aku bercanda dan bergurau senda dengan isteri dalam perjalanan pulang ke rumah, isteri aku mula berbicara.

"saya rasa eloklah awak buat pertukaran ke Kota Bharu"

keadaan diam sebentar. keadaan riang gembira sepantas kilat menjadi serius.

aku palingkan wajah kearah isteri aku.

she looks okay. raut wajahnya tenang. bibirnya sedikit tersenyum. matanya terang, cantik bak waktu dulu.

perjalanan ke Kampung Guntong dari Kampung Fikri dari jalan pantai tidak pernah sesunyi ini. tiada kereta yang muncul dari arah berlawanan, tiada pula yang menghampiri dari arah belakang mahupun depan.

Sophie Salsabila masih nyenyak tidur diulit lekak lekuk jalan dan penghawa dingin kereta.

aku seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh isteriku.

memang sejak kebelakangan ini kami menghadapi masalah untuk penetapan tempat bagi aku untuk bekerja. sudah terlalu banyak kedinginan antara kami, turun naik yang kami lalui untuk buat keputusan ini. berdiam diri, bermasam muka. masing masing ada kepentingan sendiri yang mana sangat jelas isu ini sebenarnya berpihak pada isteri aku. motif dia lebih jelas. impian dia lebih cerah. misinya lebih padu daripada aku. dan setiap perancangannya detail dari A to Z. tapi aku tetap dengan pendirian aku yang tak seberapa teguh. hanya tunggu masa hendak roboh.

bagi aku untuk dia melafazkan kata katanya tadi, ia teramatlah payah. tapi dia menzahirkannya dengan kata kata, dengan tenang. seolah dia sudah bertawakkal lama.

pada awalnya aku berasa terkejut dan terharu. gembira? adalah sedikit.

lama kelamaan diam hinggap dibenakku. setiap alunan suara isteriku mengungangkap rasa hatinya yang tidak pernah mahu diucapkannya, makin jelas difikiran aku.

Ya Allah. apa aku telah buat ni?

jujur... aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. sedih dengan diri sebenarnya, tidak mampu untuk berkorban seperti yang isteri aku lakukan.

"jadinya, awak memang tak akan bertukar ke sini lah?"
"besar kemungkinan, tidak. tapi tak mustahil"
"okey."

teringat aku pada perbualan ini pada hari hari sebelumnya. harapan isteri aku punah. perbualan terhenti setakat itu, dan kami berusaha meneruskan baki hari itu dengan perasaan berat di dalam dada masing masing.


Mofar Rahman