Saturday, February 02, 2019

Tersepit

Assalam

alkisah semalam semasa tidur dalam pukul 11 lebih wife aku kejutkan aku dari tidur lalu di layangkan ke wajah aku cahaya daripada muka depan telefon pintarnya.

oh. wife aku akhirnya diterima untuk bekerja di satu syarikat gah di ibu kota Kuala Lumpur. aku yang cukup teruja tidak mampu menzahirkan rasa tersebut akibat dipukul kantuk yang amat sangat. maka aku tertidur.

pada paginya, pagi aku dimulakan dengan rutin yang biasa. kemas beg untuk oncall, iron baju yang mana ada. tunggu breakfast siap, lepas tu mandi, bersiap dan keluar mencari rezeki pada pukul 745 pagi. ada juga niat untuk bincangkan hal semalam, tapi lupa dek berkejaran dengan waktu.

sesampai di tempat kerja aku mula bertenang, ambil nafas tenang sebelum melangkah masuk ke unit kecemasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pegawai perubatan. alhamdulillah aku dapat kosongkan minda aku dan ambil isu utama sejak semalam untuk aku fikir. fikir dahulu sebelum berhadapan dengan wife. ya lah takut nanti blur pulak aku depan dia.

aku ada tanya pendapat parents aku. diorang okey je untuk bantu aku. jaga anak ke, jaga sapa sapa ke. tunggu dulu, nanti bincang dulu, aku bagitahu ummi.

lalu aku berlalu masuk ke tempat kerja.

tiba tiba ditengah kesibukan melayan karenah pesakit telefon pintarku berbunyi bertalu talu. mesej masuk banyak ni, siapa dia ya? getus hati.

rupa rupanya wife aku yang menzahirkan kekecewaannya terhadap aku sebab berbincang dengan ummi ku terlebih dahulu sebelum berbuat keputusan dengannya.

selepas aku terima mesej mesej tersebut aku bertanya pada umi, ada telefon wife aku tak. umi cakap ada, dan umi suarakan pendapat umi. pada masa yang sama umi tak tahu rupanya benda ni kami belum bincang. first time dalam hidup aku umi meminta maaf dengan aku, dan meninggalkan perbualan melalui telefon tanpa ucapan salam. terasa dengan aku barangkali.

ah. lalui saja hari ni dengan apa yang ada. my greatest forte (both of them) turning their back on me.

tak apalah.

apparently i am the best asshole i can ever be. sorry for everything said and done.






Mofar Rahman