Sunday, December 09, 2018

Mahligai Kecilku.

Ketika mata aku hampir tertutup dikala ditangkap kantuk yang amat sangat, dengan tiupan angin bilah kipas yang berpusing di atas kepala, tiba tiba wife aku bersuara,

"mungkin bulan ini bulan last kita macam ni"

mata aku kembali celik. kata katanya seakan menampar pipi aku. bawa realiti lebih dekat ke hadapan aku.

aku lihat anak aku yang sedang enak dibuai lena, tidur di antara kami berdua. kaki dan tangannya terkuak semahunya. terdengar dengusan dengusan kecil yang keluar dari hidung kecilnya itu. tentu sahaja udara nyaman dari penghawa dingin melenakan tidurnya.

aku tidak sangka perkara yang aku sangka masih jauh, hanya berada di depan aku sekarang.

suatu hari nanti isteri aku akan bawak anak aku ke tempat baharunya, hanya berdua bakal menjalani kehidupan baharu, tinggalkan aku disini.

teringat aku pada memori pertama ketika aku menjejakkan kaki ke bumi setiu ini.

aku tiba disini pada awal kalinya, mencari rumah sewa, kesana kemari. tanya orang situ sini. akhirnya Alhamdulillah. aku mendapat satu rumah kerajaan yang tidak berpenghuni selama 4 tahun di tengah kampung ni.

wife aku datang sejurus selepas meletakkan jawatan idamannya, mempertaruhkan kerjayanya demi aku. ikut aku berpindah ke dunia hijau berbukit bukau ini. pertama kalinya kami berdikari di rumah ini. hanya kami berdua, menjalani kehidupan awal pasangan suami isteri yang masih baru san tidak matang. semua indah. beberapa tika, hidup kami diserikan lagi dengan kehadiran Sophie Salsabila.

kami belajar menjadi ibu dan abi. aku pergi kerja. Ibu mandikan Sophie. tidurkan dia. lepas aku balik dari kerja, wife aku tak pernah miss untuk sambut aku dimuka pintu dengan wajah yang berbeza beza. ada manis, ada masam. biasalah tu.

Namun jodoh kami dengan rumah tersebut tidak lama. aku menemui satu rumah yang lagi konvinien pada pandangan kami keluarga yang kecik ini. alhamdulillah.

Sampai lah detik tadi, ketika isteriku meluahkan kisah hatinya sebelum berlalu kealam tidur, aku merasakan sesuatu yang terjauh dalam hati aku, seakan mula meruap ruap. aku sudah mulai rindu. rindu pada apa yang sudah aku ada sekarang.

seawal pagi, Sophie sudah bangun untuk bermain dan membesar. mengacau kami yang sedang lena diulit mimpi. biasanya dia akan mencium cium ibunya sampai ibunya tersedar, bangkit dari pembaringan. ada juga dia cuba menarik ibunya untuk turun dari katil.

aku pula Sophie biasanya akan menepuk tampar muka aku sampai aku tersedar. menyandarkan tubuhnya kearah aku dan menyanyi lagu kegemarannya. Omar Hana aku rasa.

selepas selesai solat kami akan ke dapur untuk bersarapan. Sophie berada di dalam kerusi IKEA nya itu. sambil bergurau senda dengan aku, Ibu menyediakan telur omelet untuknya. untuk aku juga. ada kalanya aku dengan Sophie bertengkar tentang benda remeh. gelas jatuh? basahkan baju? buang makanan merata? menangis tanpa sebab? sengaja sepahkan pinggan? semua tajuk kami dah cover.

jadi lepas ni aku rasa apa yang aku treasure sekarang akan semakin jarang aku dapat. sudah pasti rindu akan bertamu di hati. bukan lah aku kehilangan mereka selama lamanya, tapi yang pasti syurga dunia aku ini tidak lagi berpusing, memutar disekeliling aku.

Aku akan berjauhan dari family aku. Keluarga kecil ku. Abi, Ibu dan Opie.

entry ini bukanlah untuk menyatakan ketidaksetujuan aku terhadap isteriku untuk menyambung kariernya. tidak. aku mahu dia bahagia. aku mahu dia kejar impiannya. aku tidak akan halang. aku hanya mahukan isteriku nikmati dan kecapi apa yang dia usahakan hampir sedekad lamanya.

cuma, aku hanya meluah rasa rindu.

rindu pada nikmat ini.


semoga Allah permudahkan urusan kami bertiga.

Mofar Rahman