Assalamualaikum
selepas terkebil kebil mata menerima curahan cahaya terang daripada telefon pintarku ini (yelah tengok telefon sambil baring, kannn), tiba tiba mata aku tertancap kepada beberapa nombor di sebelah kanan atas. 00:21.
ah. sudah lewat. aku oncall pulak besok ni adoi.
sebelum tertulisnya entry kali ini aku telah berada di suatu tempat lain di dalam salah satu fasa dalam hidup aku. apa yang aku merepek ni?
aku melawat blog blog lama aku. rupanya banyak tempat aku menulis dulu. disana sini. banyak juga masa yang aku habiskan untuk menukilkan satu satu entry. rajin juga aku ya. setelah dibelek kembali, aku yang dulu kiranya seorang yang boleh menulis. susun ayat tu macam tap tap tap (petik jari tiga kali). semua keluar ikut sedap dan dalam aturan dan susunan masing masing.
kalau dibandingkan dengan sekarang ayat semua lintang pukang. nampak sangat try hard nak buat ayat gempak. ahhh rindu pada diri yang dulu.
ada beberapa post yang aku buat dalam english. ya Allah english aku, memalukan betul! macam budak darjah 3 kau tahu! dengan ayat yang mengarut, grammar entah ke mana. vocab yang sangat limited. ahh. aku memang akui aku tak pandai menulis dalam bahasa inggeris. aku suka ayat yang puitis macam... color drowned from my face, raining dan semua gambaran untuk menyatakan perasaan. tapi aku tak boleh hasilkan walaupun satu. bila aku try buat hasilnya sangat noob. aku tahu practice make perfect. aku pun selalu brag yang grammar aku lagi power dari kawan aku, terutama wife aku sendiri. tapi ternyata english diorang lagi up dari aku. dan ternyata juga aku hanya hidup dalam delirius dan khayalan semata.
aku ada adore few people yang tulis diorang punya feeling in english and i always love to read em. but some of them are long gone from my life.
kembali kepada fakta satu tadi (aku ada banyak blog) aku suspek aku punya emosi tidak stabil. aku cuba untuk meluah pada banyak tempat. kalau aku rasa terancam dan tulisan aku sudah tiada privasi, aku akan buat tempat baru. tulis benda sama di dalam kulit baru. aku tak hadapi realiti. akhirnya aku lari dari diri sendiri.
tahun 2019. ini adalah post pertama untuk tahun ini. semoga aku akan terus istiqamah untuk tulis blog ni. banyak yang berlaku in between this current post and the last one. abah kena scam, wife aku dalam job hunting, aku yang tiada semangat nak sambung belajar. ahh macam macam. nanti lah cerita.
00:35.
baiklah kiranya aku beredar dulu.
wassalam.
Mofar Rahman