Jadinya hari ini (baca semalam. sebab aku tulis ni dah masuk 11 januari. 10 Jan tu hari lahir wife aku) aku bawa isteri kesayangan ke Kuala Terengganu jalan jalan, tengok wayang, makan dekat tempat kesukaan beliau (kot?) iaitu Seoul Garden. sampai je dekat kaunter pembayaran dia tanya ada occasion apa apa tak? student ke? birthday? aku jawab la birthday. sekali dia cakap emm encik dua orang taboleyya kena ada satu orang lagi. aku pun macam hairan kenapa nak birthday couple kena ada orang ketiga? kau cuba nak hancurkan hubungan orang ke cik? ish geram pulak.
Wife kata sabar. dia perlukan sorang lagi sebab nak suruh bayar dua orang so that diorang bagi free dekat birthday girl/boy tu. ye lah. aku faham.
Peh.
So lepas tu bawa dia pergi tengok cerita Bumblebee. first 10 minutes aku dah agak cerita ni tak best. end up kitorang hadap juga sampai habis. guess what? kitorang keluar punggung (baca panggung) wayang tu dengan keadaan nak marah. loya. geram. "best transformers movie ever?"
my ass.
Selepas tu bawa lagi ke giant, ke mydin. hunting apa kau tau? seaweed. kau tahu seaweed? ye. wife aku nak seaweed. nak buat gimbap. haaa kau mesti tak tahu makanan korea kan? aku tahu. sebab tu aku hensem dari kau. hahaha.
Kau nak tau? sekali tidak ada. takdak seaweed tu. ada yang flavored. buat apa flavored. haih.
Tapi guess what? (berapa banyak guess what daaa) aku pergi ke bahagian kereta roda panas (baca hotwheels. atau hotwil. atau hokwil ah lantak kau nak baca macam mana) sekali jackpot ya tuan puan. ada D case sudah terpampang disitu. well aku dapat apa yang aku nak. DENGAN HARGA PEG.
BEHEHEHE ( ketawa pun capslock ni kau perasan takk?)
Sebelum ni kalau asal yang nak je mesti kena dengan harga sembelih. penat la camni. hobi je pun tak payah lah nak mahal mahal.
Aku rasa kumpul hotwheels ni boleh buat macam kumpul emas (ye. kepada yang kumpul emas tu sila rasa offended). sebab aku perhatikan ramai simpan model yang rare dan power yang dulu punya, beli dengan harga rm80 satu (contohhhhh). sekarang lepas peram 2 3 tahun orang nak dengan harga rm200. kau rasa?
Apa pun aku tak niat nak berniaga dengan hobi aku ni. sekadar menjamu mata. hehe.
Esok kerja malam. aku paling tak suka kerja malam.
okey lah kan? aku suka decal dia.
Mofar Rahman
