Wednesday, January 24, 2018

kawan baik aku?

Assalamualaikum wbt

untuk aku katakan seseorang itu kawan aku, aku ada beberapa kriteria. yang membezakan orang itu adalah kawan aku ataupun hanya lah kenalan aku.

contohnya aku harus tahu siapa dia kenal dia. siapa ibu bapanya siapa adik beradiknya. tidak kisahlah dia macam mana, aku harus kenal. dari situ aku boleh faham hati budinya, struktur pembentukan karakter dia. kalau hanya tahu nama, even bekerja sekali pun, dia hanya kenalan aku.

selepas diingat ingat sepanjang hidup aku lebih suku abad ni, aku perasan, aku tak ada ramai kawan. lebih kepada ramai kenalan. contoh kawan aku, adalah geng aku dekat russia sana. atik, aizzat, helmi, zulkhairi, firdaus, ubadah. dan tidak lupa kepada classmates aku dekat sana juga, hannan, pidot, diyana, aisyah. 

tapi tiada seorang pun dari yang aku listkan tu adalah kawan baik aku. sometimes aku realised aku perlukan seorang teman. betul, aku punya isteri yang penyayang, sedia mendengar itu ini. seolah wife aku tu kawan baik aku dah. tapi aku pasti berapa kerat je yang betul betul cerita semua benda dekat korang punya spouse. sebab tak semua benda boleh bawak berbincang. dan aku pasti wife aku oun pikir benda sama tentang ni. 

saat ini aku rasa aku perlukan seseorang yang aku boleh bercerita tentang apa yang aku rasa dalam kepala. tentang apa yang terbuku dalam jiwa aku ni. seseorang yang boleh aku luah semua tanpa pikirkan perasaan dia. someone yang boleh teman aku gelak dekat benda yang entah apa apa. share minat aku. someone that i can call when i need him. 

aku tidak pernah ada kawan macam tu. mungkin ada masa sekolah menengah dulu. member main lari lari jangan kantoi dengan pak gad, member main bola keranjang sekali, member lari keliling sekolah, member bukak kedai jual megi dekat asrama. ada je member macam tu dulu. tapi sekarang zaman dah berubah. semua orang dah ada pathway hidup masing masing. semua member aku dah ada anak kebanyakkannya. dah jadi bapak orang dah pun. dan dah jarang jumpa pun. semua benda dah jadi awkward. tak semua benda boleh bawak ketengah. mungkin ada sikit sikit isu tolol, tapi hanya lah untuk jadi bahan gelak. 

takde dah macam dulu. 

aku hidup dalam aku punya space bubble sendiri. jarang open up untuk orang lain. pernah aku popped the bubble to few people, but most of them left. so aku tak rasa perlu untuk aku buka lagi dekat orang lain. 


betul orang cakap. makin lama circle hidup kita akan jadi lebih kecil. yang pasti nanti matinya mesti sendiri. 

aku tak rasa aku akan jumpa kawan baik yang macam aku mentioned dekat atas tadi. yelah. dah besar panjang, dah bapak orang, need to be hero for myself lah kan. 

untuk my wife, post ini tidak sekali bertujuan untuk menjauhkan awak. ini adalah sekadar luahan saya. awak sentiasa jadi kawan baik saya (yelah. instead of jadi bini je kan). hehe. love you!


jaga diri, jaga hati.

Mofar Rahman.