waalaikummussalam
selamat sejahtera kepada Mama Papa"
hah tudia dah keluar terus lagu Omar Hana. asal nak bagi salam je mesti lagu ni terus datang hinggap dekat kepala. adoi. itu lah masalahnya kalau lagi untuk kanak kanak dan bayi mak bapak pulak yang lebih.
ape pun kau jawabla salam tu dulu!
hehe.
hah pantang sebut terus muncul ha ambek kauu (source)
apa yang dimaksudkan dengan kita serupa? okey. tanpa berlengah aku nak cerita dulu ya.
Pukul 12 tengahari lebih aku terima referral dari satu daerah terjauuuuhhh di daerah sini. kes Diabetic ketoacidosis katanya. seorang makcik yang dah umur banyak datang dengan simptom sakit perut muntah muntah dan kurang selera makan. insulin pun dah tak cocok dua hari sebab kurang selera makan. family cakap kang cocok kang hypoglycaemic pulak.
baiklah.
blood gases tak boleh buat. boleh cek urine ketones sahaja. 2+ katanya. gula pulak terbalik meter (kih kih bahasa kampung). clinically dehydrated.
baiklah. aku pesan suruh initiate ivdrip run fast 1 pint untuk 30 minit, tengok gula dia balik macam mana. lepas tu ikut regime DKA macam biasalah.
"baik dr"
Selepas satu jam kes itu sampai di unit kecemasan. mild dehydrated, sedikit nafas laju. aku tengok drip. adeh. nampak gaya macam sangkut dekat tiang drip dan terus hantar ke hospital ni. geram pulak. dah lah yang pengiring kes tu adalah orang yang tak sepatutnya. adoi pening kepala. geram pun ada. dah berapa kali dah kes macam ni.
referred as nafas laju dengan oksigen di ruang udara tanpa bantuan 90% sahaja, sampai dekat kecemasan tak ada bantuan oksigen.
referred as muntah berpuluh kali, tak selera makan, tambah pulak dehydrated, sampai dekat kecemasan, tak ada IV drip. yang lagi best, intravenous line pun tak ada.
referred as hypertensive urgency, tiba dekat kecemasan dengan jalan kaki. sengih sengih puan pengiring. baru bagi ubat antihypertensive 15 minit terus hantar ke kecemasan.
referred as pneumonia, dengan oksigen ruang udara rendah, tak ada bantuan oksigen. IV line pun tak ada. masa refer katanya ibu tak mahu anak kena cucuk jarum. jadi tak masukkan branula sebelum bertolak. sampai dekat kecemasan, bila ditanya balik pasal IV line, katanya dia tak ada ditanya pasal prosedur untuk masukkan IV line. malah ada yang tak tahu pun dia kena masuk ward. patient datang dari jauh terpaksa di discas atas risiko sendiri. kesian.
mai gaddd (source)
ah banyak lagi lah.
berbalik kepada cerita asal (hehehe).
terbukti melalui ujian darah, makcik aku ni ada DKA. cukup semua kriteria dia. dengan bedside scan inferior vena cava memang cukup suggestive.
regime DKA dimulakan, carta aliran air keluar masuk diisi sebetulnya. mula masuk air pukul berapa, bila tamat, bila waktu untuk tambah air baru. bila kena ambil darah, periksa balik kadar gula. semua lengkap. diisi dengan serius macam isi borang nak minta bantuan brim.
sudah masuk waktu asar. blood semua sudah ready, input output chart memang dah siap tercatit, ambulans pun ready untuk ke Tertiary. tiba tiba makcik komplen. dia cakap dia rasa tak sedap bernafas. memang laju nafas dia. cakap pun tercungap cungap.
kenapa ni? apakebenda yang tiba tiba ni?
skrin monitor jantung semakin galak berbunyi. kadar denyutan nadi daripada 99 menjadi 180-210. hah sudah. ritma jantung mula hilang salah satu gelombang asasnya.
VENTRICULAR TACHYCARDIA! (source)
satu ubat untuk melawan VT sudah di dilute, dan diberikan kepada pesakit. nampak macam responding. alhamdulillah. kadar nadi pun sudah stabilised. 100-110 beats per minute.
kadar oksigen dia.
ye. kadar oksigen dia pula makin rendah, walaupun diberi bantuan oksigen paling tinggi. paling banyak pun 85% and its fluctuated. alamak. apabenda pulak niii.
bantuan pernafasan melalui tiub telah diberikan. kadar oksigen semakin meningkat.
pum pam pum pam.
patient stabilised, dan terus dihantar ke kecemasan tertiary. sepanjang perjalanan, semua vital signs stabil. semua okey. cuma heart rate dia 120 bpm.
setiba di kecemasan aku disambut oleh staff disana dengan nada yang agak garang. stress mungkin sebab diorang sibuk, terima pula referral case intubated yang perlukan rawatan rapi.
aku disoal siasat dengan seriusnya. semua benda disoal. padahal semua sudah tertulis cantik kot dalam surat rujukan. tapi yelah. begitulah adab passover. payah nak terima dengan cara elok. aku pun begitu juga (kikiki).
apabila pesakit ni mula dipindahkan katil, tengok dia punya kadar nadi kembali menggila. 160-170. alamak. nak VT balik ke?
"infusion mana?!"
mata dia mula menyinga. merah macam nak telan aku. takut betul.
aku cakaplah yang tadi dekat kecemasan dia punya kadar nadi dah cantik. sebab tu aku tak kasi infusion ubat tu.
marah betul dia. sebakul aku kena.
datang pula pakar. kena soal selidik balik aku. berbakul jugak kena. banyak jugak yang aku belajar dan refresh. alhamdulillah. buang yang keruh, ambil yang jernih. walaupun power jugak ayat diorang bagi dekat aku.
alhamdulillah anyway.
sila bersyukur (source)
*****************
aku rasa kita semua serupa, sebab ketika aku terima referral daripada klinik, bad referral, aku yang sebagai penerima kes tersebut jadi easily irritated. senang nak cari kesalahan yang tukang rujuk. lepas tu nak marah je kerja.
aku assume orang yang kerja dekat Tertiary mesti lagi highly irritated, terima referral daripada kami di district ini, dengan management yang bukan bukan. kadang kadang kena counter balik management kami yang salah lagi menyesatkan itu.
setiap suasana kerja ada pro dan kons nya. dan sudah pastilah kadar ilmu yang dapat dan dikongsikan berbeza beza. lain okey hospital berpakar dengan hospital tidak berpakar. dengan klinik? jauh panggang dari api.
dekat Tertiary mereka mungkin ada tempat rujukan yang mudah. Pakar ada di zon pada setiap masa. boleh rujuk bila bila masa.
dekat District ni apalah sangat. Pakar dah lah tak ada. kena belajar sendiri. nasib baik ada colleague yang sedia membantu, bincang kes sama sama. kalau susah sangat rujuk sahaja kepada yang berkenaan di Tertiary. ada yang boleh terima dengan baik, malah siap mengajar lagi. kongsi ilmu yang diorang dapat. namun begitu ada juga yang sebaliknya. marah marah. "itu pun tak tahu ke?!" zapp!
dekat Klinik kesihatan aku rasa payah kot. nak bertanya kepada senior mungkin payah. aku ada dengar cerita juga yang diorang ni bila dah lama berkhidmat di Primary, kesensitifan mereka terhadap pesakit semakin nipis. ada yang rawat ala kadar. tapi aku tak cakap semua. aku tak pukul rata. ada juga di kawasan aku ni knowledge dia memang power, lagi power dari aku. boleh aku belajar sekali.
Poin aku?
walau dimana pun kau berada, jangan lah kau memperkecilkan orang lain. tak semua orang dapat peluang yang macam kau dapat. hargailah apa yang kau ada, kongsikan selagi boleh. dan berbuat baik lah sesama kita. lagipun kita kan berada dibawah satu organisasi yang sama.
semoga aku terus diberi kesabaran dan ilmu untuk bekerja di medan ini.
wassalam.
p/s: sophie tidak sihat. batuk batuk dah lebih dua minggu. bawak sudah ke Hospital. sekarang baru try ubat antibiotik yang baru. hmm
Mofar Rahman



