"weh, bos panggil masuk mengadap"
ergh. tengah sibuk tengok patient ni lah dia duk panggil. aku agak ni mesti berkaitan hal hal penyerahan tugas ketua unit, lepas tu apa yang tak setel pasal kluster program. boring.
aku letakkan lampu suluh dan toungue depressor ke tepi. passover case yang preliminary diagnosisnya adalah acute tonsilitis with poor oral intake. setelkan clerking 69years old gentleman dengan hypertensive crisis. tutup pen dengan kepala dia, aku pun naik ke pejabat.
ketuk ketuk.
"ya masuk"
aku pun masuk lah kedalam biliknya. aura dah tak berapa best.
dia kelihatan sibuk. gagang telefon baru sahaja diletaknya di tempat asal. mejanya penuh dengan kertas dan fail. tersusun rapi. tapi memang banyak. semua telah dibahagi dengan rapi mengikut bahagian, prioriti. sulit, umum, jabatan, kluster, mesyuarat, claim perjalanan. semua ada.
setiap lima minit ada sahaja kerani dia masuk untuk dapatkan tandatangannya. itu ini. ada sahaja. di sebelah kirinya ada dua monitor. satu untuk kerja. satu lagi terpapar cctv yang memancarkan rakaman langsung dari beberapa tempat penting. hallway, tempat kad perakam waktu, zon kuning emergency department. dan satu lagi aku tak pasti. bahagian pintu stor utama aku rasa.
macam biasa, ucapannya dimulakan dengan segala ketidakpuashatiannya kepada emergency department. semua serba tak kena. itu dan ini. aku layankan sahaja. dengar sahaja bebelannya. ada yang betul, ada yang tak. ada yang aku setuju, dan kebanyakannya aku rasa semua tu bullshit.
aku perhatikan perempuan itu. jujur, aku rasa simpati kepadanya. dia kelihatan begitu letih. matanya kusam dan bundar. serius. definisi hidup untuk mata yang bundar ada pada dia. kulit pipinya dahulu seingat aku licin. sekarang lebih kepada raut muka seorang pesakit kronik buah pinggang. bibir pucat. tudungnya kemas. bajunya merah marah. tangannya rapat dengan jari bersilang, terselit pen hitam dakwat basah di antara jari ketiga dan keempat sebelah kiri. kidal.
seingat aku, aku kenal perempuan ini. maksudnya, siapa dia sbenarnya. sudah sangat cerita mengenainya. how she went through her housemanship, hubungan dia dengan bosses, life dia sebagai MO di tertiary. seingat aku, dia ada hand skill yang agak power. capable of doing few important procedures. ceritanya ketika meeting, how other team watch her. tambah pulak sekarang dia adalah boss kami. mengurus jabatan dengan entah apa apa. constant hate comment, responds from her employees.
sumpah, dia kelihatan tua, dan letih.
dia sedang membebel tentang aduan yang dia terima bahawa kami tidak tengok kes. sebaliknya hanya dressar yang setelkan kes. dari 40 kad kes yang menunggu, hanya ada beberapa keping sahaja yang dilihat oleh kami. keras betul tuduhannya itu. dan celaka mana yang merepot fitnah tu. aku rasa aku boleh agak siapa, tapi pergi mampus. aku tak kisah. aku tahu aku dan kawan kawan sudah behempas pulas, pikir nak rawat dan selamatkan pelanggan kami.
terkilan juga rasanya. daripada tanya dan siasat kami, dia minta pandangan tali barutnya, dan menuduh kami bukan bukan. siapa duri dalam daging tu. sampah!
tapi aku tak melawan pun. aku hanya dengar, selar dia dengan fakta yang boleh bidas tuduhan dia tu. macam biasalah. dia boss, dan kami always wrong.
selepas simpan kertas penyerahan tugas yang official, aku ambil dokumen dan keluar dari biliknya.
buang masa.
pukul 530 petang. aku nak pergi ambik anak dan bini aku dari tempat masing masing. jauh kelihatan seorang perempuan berjalan seorang diri ke kuarters, bawak beg yang sarat dengan kertas kerja. ditemani angin mendung petang Setiu. sejuk dan menyejukkan.
hampir semua orang tak sukakannya, terasa jengkel dengan setiap tugasannya. walhal dia hanya melakukan tugasnya. dan dia masih mentah dalam dunia pengurusan. banyak yang dia perlu belajar. tapi cemuhan dan tikaman dari belakang bukan sesuatu yang dia perlu. aku harap dia kuat dan sentiasa kuat jalani hari dia. telan semua yang pahit. aku harap anak dia yang sentiasa sakit tu terus sihat. tak datang dah ke kecmasan, masuk ward dan sebagainya. aku harap dia sentiasa sabar. dan terus hidup dengan apa yang dia ada sekarang.
aku masuk kedalam kereta, initiate engine, masukkan ke gear D, dan terus ke wife dan anak aku.
Perempuan itu. aku memang aku tak suka dia. tapi aku doakan dia kuat. family dia kuat. dan please, help yourself.
sekian.
Mofar Rahman, si Awam Putih.