Wednesday, October 18, 2017

Selepas Kerja

Assalamualaikum

well. aku straight to the point.

aku ini adalah seorang yang biasa biasa dalam setiap apa yang aku lakukan. maksudnya kalau aku buat sesuatu aku bukan terbaik. selalunya ada ramai lagi yang lebih baik dari aku. kalau aku masak, member aku masak lagi sedap. kalau aku melukis member aku buat lagi cantik. aku takda yang dapat ace antara member aku. tapi aku takdelah teruk sangat.

tapi lain pula kalau masuk bab kerja. aku bukan pekerja yang biasa. aku seorang penjawat awam yang tidak kompeten.

setiap kalu aku habis shift aku, aku takut nak tengok fon. biasanya aku tengok pun kejap kejap untuk cek apa yang patut. sebab kalau aku kerja, most of the time aku akan tinggalkan apa yang tak patut.

biasanya aku dapat kompen di group besar whatsapp. mesti. MESTI ada benda yang tak kena, yang aku kena buat, tapi aku tak buat. most of time sebab ketidakkompeten-an aku ni. memang diorang tak cakap direct, tapi bila aku yang makan cili nya, aku lah yang terasa pedasnya. rasa nak tercabut dada bila baca. maybe sebab aku sendiri yang bodoh tapi tak mahu diajar. entahlah, aku lagi prefer direct message dari membambu aku di group yang besar. betul itu untuk pengajaran bagi orang lain juga, tapi... entahlah.

masa aku buat kerja, aku rasa aku dah buat sehabis baik. endorse itu ini, prescribe itu ini. begitu begini management untuk setiap pelanggan aku, tapi mesti ada something yang tak kena. ada je yang aku miss. alahai.

"when your best doesnt good enough"
- kau sabar je dik.

baiklah.

aku ada cerita dekat wife aku. she mumble about her experience. aku tak dengar sangat tapi aku dapat point dia. "kalau awak taknak berada dalam situasi ni, just bangun and prove them wrong. buktikan yang awak ni kompeten".

takutnya, kalau aku jumpa pekerja macam aku.

aku rasa korang tak faham apa yang cuba aku sampaikan. yes. im not good enough to be a writer.

#broken