Assalamualaikum.
PERHATIAN: post ini bukan pasal lagu 'XPDC - semangat yang hilang'. kalau ada kaitan pun, sikit saja. eheh.
dah cakap tadi kan. bukan pasal lagu diorang ni. haih. tak paham bahasa betul.
hiks.
begitu lah manusia. apabila ada semangat baru nak buat. baru terhegeh hegeh nak buat. padahal plan bukan main lama ha. disebabkan tidak ada semangat, ataupun tidak ada sokongan dari sekeliling, kita jadi lupa apa yang kita semangat kan tadi. bila ada orang balik, baru lah kita ada semangat balik. orang kata....menyengat.
sama juga dengan iman. iman sangat kuat bila kita berada dalam kalangan orang beriman. ataupun di dalam suasana yang beriman. sememangnya susah nak survive kalau suasana tak kondusif. tak payah suasana penuh dengan maksiat. suasana yang sederhana (beriman tidak, maksiat pun tidak) orang yang iman macam saya ni pun mudah untuk rapuh.
apa yang saya mahu katakan, saya rindukan biah solehah seperti ditempat saya belajar dahulu. setiap minggu ada sahaja usrah. setiap minggu ada sahaja tazkirah. setiap minggu ada sahaja masa untuk 'duduk bersama beriman sejenak'. sekarang, semua itu sudah hilang. sudah luput. saya sendiri sudah ingat ingat lupa apa yang saya pernah ajar, dan diajar dulu. segala pengisian, peringatan, tadabbur. Allah. saya rindu saya yang dahulu.
awwwwwh~ nope.
ramai orang cakap, kalau mahukan tarbiyyah, cari! jangan duduk bersahaja dan tunggu, biar iman jadi rapuh di makan hari. saya tahu. disebabkan iman saya sudah mulai reput, saya jadi malas. saya jadi tidak kuat. saya tidak mencari. harapkan ilmu untuk bangunkan diri sendiri, cari untuk rohani jiwa, susah. disebabkan saya kurangnya semangat seperti yang saya cerita di perenggan satu.
ataupun, kembali kepada yang asal. iaitu, saya sendiri yang malas. Allahu.
sedih
pedih. rasa sia sia pun ada. *dush*
insyaAllah dalam masa satu bulan lagi, saya mula bekerja di medan sebenar. samada pekerjaan dengan manusia, dan juga pekerjaan dengan medan dakwah. dan saya juga pernah mendengar tempat yang saya akan berkhidmat nanti ada sistem usrah juga. Alhamdulillah. moga saya kembali ke track asal. track tarbiyyah!
moga diri ini tidak lalai, tidak cepat mengalah, dan tidak selalu menyalahkan orang lain.
Amin.
wassalam.
Mofar Rahman

