saya baru sahaja lepas menonton satu rancangan di Discovery Channel tadi. satu rancangan yang memberi saya inspirasi, dan juga semangat. haaa. nak tahu tak rancangan apa? ni dia.
jeng jeng jeng!
Marooned ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Edy Stafford. dia seorang mat salleh yang cuba untuk menguji kecekalan dirinya sendiri, dengan meletakkan dirinya di luar zon selesa. jadi, apa yang dia buat? dia pergi ke sebuah pulau kecil yang terletak di Venezuela, selama sepuluh hari, seorang diri. ye, kalau anda taknampak saya boleh tulis lagi YE SEORANG DIRI. SORANG SORANG. PAHAM DAK?
okey dah. *betulkan kerusi*
tengok definisi maroon sikiit.
PERHATIAN: SAYA AKAN BUAT SINOPSIS GITU GITU PASAL CERITA NI JADI KALAU TAKNAK BACA SILA SKIP LIMA PERENGGAN KEBAWAH. ATAUPUN KE BLOG LAIN. EHEH. (gurau jo.)
kiranya rancangan ini dimulakan dengan pengenalan diri, dengan scene yang dia sedang dihantor menaiki bot, menyusuri sungai, dalam keadaan bogel, dan dua beg galas. satu beg berisi battery kamera go pro, dan satu lagi beg yang berisi batteri handy cam. gituh.
sebaik sahaja dia mendarat disitu, maka pengembaraannya bermula. dia mula meneroka hutan. sambil sambil tu dia bobebobe pasal apabenda risiko dan juga elemen yang mungkin membahayakan nyawanya, termasuk lah tumbuhan berduri disitu, dan juga tidak lain tidak bukan hewan liar, seperti badak air, harimau bintang, babi hutan, dan sebagainya.
bagi si Ed ini, perkara pertama yang perlu ada untuk melindungi diri sendiri, adalah api. jadi dia terus mencari kayu api dan cari tapak yang sesuai untuk bermalam. dia telah membuat dua unggun api. mahu ke malam dia punya setting dua unggun api itu. setelah itu malam pun tiba, dan dia memulakan malam pertamanya di bumi Venezuela itu dengan tidur di antara dua unggun api tersebut. katanya, hewan liar ni takut sikit dekat api. saya yang selaku penonton ni, hanya mengangguk tanda setuju.
pada hari kedua, hujan tiba, dan mula mencari bahan untuk membuat tempat perlindungan. ketika dia teroka hutan tu, ditakdirkan Tuhan dia terjumpa satu pokok palmar yang tumbang. lalu diambil daunnya, dan dia buat atap. dan begitulah habis hari yang ke dua. hari yang ketiga pula dia buat selipar dan menjelajah lagi, buat perangkap (yang mana perangkapnya itu jarang sangat memerangkap haiwan), buat perlindungan lagi kasi kukuh dan macam macam. selama sepuluh hari itu dia banyak mencuba benda baru, dan mengambil risiko untuk mencari makanan. dia hanya survive 6 hari tersebut hanya dengan memakan buah buahan, umbut pokok palmar. hari selebihnya dia mendapat sedikit protein hasil daripada perangkap yang dibuat sebelum ini.
pada hari kesepuluh, dia mula berasa selesa mendiami pulau itu. banyak keperluan asas untuk hidup telah dia lengkapi. tempat tinggal yang selesa. unggun api yang memanaskan tempat tinggalnya, sumber makanan yang tidak berapa banyak, tapi cukuplah buat dirinya. dia ada mengomel sendirian. katanya, hidup ini susah. keluar dari zon selesa itu susah. tetapi apabila kita mula menyerahkan semua pada alam, semua benda selepas itu akan jadi mudah.
JADI APA YANG SAYA BOLEH AMBIL?
keluar daripada zon selesa itu tidak mudah. kita kehilangan tempat untuk bersenang lenang, hilang grip yang sedia ada. kita menjadi bukan diri kita yang berada di dalam lingkungan zon selesa tersebut.
masuk ke alam pekerjaan, adalah perkara yang memaksa saya secukup cukupnya untuk keluar dari zon selesa saya, yang saya kecapi selama ini. seperti marooned tadi, permulaan untuk cuba menyesuaikan diri dengan perkara baru ini, adalah amat susah. dan cara untuk kita atasi nya adalah, kita kenal dengan apa yang menghalang kita, ataupun apabenda cabaran yang kita akan hadapi kelak. bagi Ed, dia membuat unggun api sebagai langkah pertama untuk hadapi ancaman haiwan liar. bagi kita pula, bila sudah tahu siapa musuh kita, kita harus bertindak lebih cepat.
banyak perkara yang harus dilakukan untuk menghadapi kesusahan dan ujian ketika mula bekerja. banyak benda yang harus dibuat, untuk survive semua ni. termasuklah menyediakan kekuatan mental, selalu motivate diri, dan sebagainya.
namun apa yang saya setuju dengan Ed, cabaran untuk keluar daripada zon selesa ini adalah haiwan liar (anasir luar: bos garang nak arwah, suasana kerja yang tak kondusif, rakan sekerja yang tidak supportive, dan sebagainya) dan cabaran yang paling kuat adalah hipotermia (anasir dalam. iaitu diri kita sendiri)
segala yang kita hadapi, susah kah, senang kah, gelapkah, cerahkah, adalah bergantung kepada diri kita sendiri. katakanlah dalam group kita tu ada 10 orang, dan semua 10 orang itu menerima kemarahan, lempias bengang, tohmahan yang sama, tetapi semuanya bergantung kepada individu masing masing untuk menganggpanya bagaimana. setiap orang diberi pilihan untuk sedih, makan hati, ataupun pilihan untuk positif, dan terus maju. sebab...
semua orang boleh bersabar, tetapi berapa orangkah yang mampu bersyukur - Dr. MAZA.
akhir sekali, perkara yang saya setuju dengan Ed adalah, bila kita mula serahkan semua pada Allah, redha akan perancanganNya, semua pekerjaan kita akan jadi mudah.
Akhir sekali saya nak cakap, apabila kita sudah keluar dari zon selesa, kita adalah seorang fighter.
semoga saya mampu untuk menjadi HO yang baik, berpengetahuan, dan selamat.
wallahualam.

