hari ini hari yang ke 18 dimana kapel blogger yang kononnya tersohor itu sudah tiada. tiada apa lagi yang boleh saya lakukan selain survive,
ini ujian Allah. hidup ini milik Allah.
"hok Dio belako". terdengar suara ummi.
ya. semua miliknya. jadi apa boleh saya buat? hadapi dengan tabah.
esok ada grand ward round team Green. ada beberapa pelanggan sahaja, houseman pun ramai. cukuplah kalau nak rest sedikit dari hectic work.
ward 30 ada satu patient post extended right hemicolectomy. sebab ada cancer dekat mid transverse colon. ward 29 ada dua patient. satu untuk colonoscopy esok, dan satu lagi advance low rectal cancer. dimasukkan ke general ward sebab ward palliative dah penuh. jadi tersadai lah dia di general ward untuk palliative care.
ward 28? ada empat. kot. left psoas abscess, perianal abscess.... emmm emmmm satu untuk off vacume assissted closure besok, dan satu lagi untuk anterior resection hari rabu ni.
haaa ingat pun. time patient sikit boleh lah. ye dok.
cukup pasal kerja.
hari hari bangun. bersiap ke kerja. buat kerja, dan balik rumah. tiada pengisian rohani macam dulu lagi. saya sudah kosong. kesian, kesian dekat diri sendiri. alangkah seronoknya kalau boleh kembali ke zaman dulu, dimana naqib datang ketuk pintu bilik dan ajak berusrah.
"duduklah bersama, kita beriman sebentar"
fresh.
moga waktu itu datang kembali, datang membawa saya yang super futur ini, kalau tidak ke jalan yang bercahaya sekalipun, kearah yang lebih baik.
semua milikNya, kita ini pinjaman.