"In this world, there's always going to be people who are better then you, so stop comparing yourself to others, and just be the best you can be."
pernah tak dengar, membandingkan diri sendiri dengan orang lain adalah menyakitkan?
kenapa nak bandingkan diri dengan orang lain? hidup kau tak hepi sangat ke? suka sangat nak rasa fefeeling sorang sorang?
kepada diri sendiri yang bertanya tu, sila faham, perbandingan itu, datang tiada diajak, duduk tanpa dipelawa. ia datang, dan hinggap di kepala untuk beberapa ketika. dan beberapa ketika itu lah yang menguji kita, (terutamanya saya sendiri) untuk kembali kepada diri sendiri, mencari dan memperkukuh sisa motivasi yang ada dalam diri.
burukkah itu perbandingan?
errm.. rasa rasa?
bagi saya, membandingkan itu, terpulang lah kepada orang yang memikirkannya.
1. Perbandingan untuk menambah baik pencapaian di dalam diri.
ada sesetengah orang membandingkan keupayaan dirinya dengan orang lain, seraya untuk mendapatkan motivasi, dan terus berusaha kebaikan untuk dirinya. contohnya seperti persaingan di dalam pelajaran. orang yang berada di no 2 semestinya tercabar dengan pencapaian orang di no 1. (teori ini berdasarkan pemerhatian saya sejak dari zaman comel lagi). sudah tentu dia membandingkan dirinya, dan terus berusaha untuk menjadi orang nombor 1. haaaa. kan elok gitu. membandingkan untuk membaikkan.
pernah dengar kan, sahabat nabi yang berlumba lumba untuk berbuat kebaikan, menderma, dan sebagainya. mereka itu jadi hebat, dan itu bermula daripada perbandingan.
apa tah ayat macam tu.
2. Perbandingan untuk memburukkan
biasalah, kalau kita tengok cerita cinta yang dialognya berbunyi "kau tu dah lah miskin. tengok aku ni, kaya. ada hati nak kahwin dengan anak aku. cis!"
paham, kan?
3. Perbandingan yang memakan diri.
erm. sebenarnya, ini yang saya cuba nak cakap dalam post kerdil ni. ada orang apabila dia membandingkan diri dengan orang lain, dia mula merasa kecil. tidak layak. dan perkataan perkataan negatif itu tidak hanya bermain di fikiran sahaja, ia akan turun ke hati, dan naik balik ke akal, dan singgah disitu, sehingga orang yang memikirkannya itu melepaskan dirinya sendiri. di dalam diam, orang seperti ini akan memburukkan potensi diri sendiri. membuatkan dia hilang motvasi, dan menjadi malas. fikirannya lebih tertumpu kepada "dia lebih hebat daripada aku, cukuplah aku disini. lagipun aku memang tak layak"
heh.
kenapa nak hilang motivasi? orang yang dibandingkan itu, hebat sangat kah?
perlu ingat, setiap kemampuan orang lain lain. tiada orang pun yang akan ada kemampuan yang sama. mesti ada berbeza sedikit. kalau dia power disitu, usahlah dibandingkan. dia mungkin tiada apa yang kita tiada. skill yang lain. dia tidak akan selama lamanya hebat. pasti ada kekurangan.
perlu ingat, apa yang dia ada itu, adalah rezeki daripada tuhan. dia mampu buat tu, mampu buat ni, semua itu adalah rezeki. dan siapa kita untuk bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain. kemampuan dia disitu, rezeki dia disitu, maka biarkan lah disitu. tidak perlu untuk kita mempersoalkan yang lebih lebih. semua itu bukan urusan kita. jadi, apa urusan kita yang sebenarnya? apa lagi, kuatkan diri lah!
jadi seperti orang yang dibandingkan itu. jadilah hebat. jadilah seorang ahli sukan kental. jadilah seorang penulis yang hebat. jadilah seorang speaker yang mampu memberi kefahaman kepada audiens. jadilah naqib yang menjadi saliran hidayah kepada mad'u nya.
ingat, dia hanya manusia. dia bukan supermanusia. dia hanya manusia. kalau dia boleh buat, kamu juga boleh buat. mana tahu, satu hari nanti kamu lebih hebat daripada dia. kan?
jangan hanya tahu, duduk, berdiam diri, dan lemas. anda tidak akan dapat kemana mana.
bebaskan pemikiran mu. jangan jadikan diri, mangsa kepada pikiran pikiran yang memusnahkan. robekkan geriji negatif, dan hidup.
hidup yang sentiasa ingin berusaha untuk menjadi lebih baik.
jangan jadi mangsa kepada fikiran sendiri. bebaskan!
tulisan ini tidak lain dan tidak bukan, hanya lah untuk diri sendiri. fastabiqul khairat,
Mofar Rahman



