Thursday, March 13, 2014

begitulah kata kata seorang orang putih yang bernama Conan O'Brien. saya tidak kenal dia ni, tapi, sebab kata kata dia macam berinspirasi, jadi saya letak lah sini. 

Eh, lupa bagi salam.

Assalamualaikum


menurut si O'Brien ni, kalau siapa siapa yang rajin bekerja, dan baik hati, sesuatu yang menakjubkan akan berlaku ke atas seseorang itu.kalau kita perhatikan betul betul, kata kata ini, kelihatan seimbang. ada sebab dan akibatnya, ada tugas dan hasilnya, ada syarat dan habuannya.

kalau seseorang itu baik sahaja, tetapi malas, tak boleh jalan jugak. cuba bayangkan, seorang lelaki, namanya tersohor seluruh kampung, namanya disebut siang malam, oleh sebab kebaikannya. senyum kepada orang tua, menolong orang dalam kesusahan, layan orang berbual, menghormati orang tua, pandai layan tetamu, bersikap proaktif kalau tetamu datang kerumahnya, dia terus ke dapur dan membancuh teh, dan sebagainya. tetapi, seseorang ni, asetnya, adalah baik sahaja. selain heboh diperkatakan tentang kebaikannya, namanya turut berbunyi di kedai kopi oleh sebab sikap pemalasnya itu. baik, tetapi pemalas. tak jadi kerja bos kalau camtu. suka senyum dekat orang. tetapi apabila disuruh bekerja, dia senyum juga, tetapi sambil lari. biasanya, orang macam ni senang dipijak, dan dimanipulasi. terutama dengan duit.

kalau seseorang itu rajin bekerja, tetapi perangai macam haram, pun payah jugak. rajin bekerja, rajin mencuri, rajin merompak, rajin menyamun, rajin bekerja tetapi menunjuk nunjuk, rajin bekerja sambil merendahkan orang lain, rajin bekerja dan tak bersyukur, pun masalah juga. bekerja satu hal, kompelin satu hal. biasanya orang begini, jarang disukai ramai. lainlah kalau dia tu Susu Pekat F&N.


Susu pekat manis F&N, Lemak berkrim dan disukai ramai!
-iklan ini tidak ditaja oleh siapa siapa harap maklum kbai-


pendek kata, nilai yang murni dan kerajinan itu selari. apabila keduanya seimbang, sudah tentu akan mendatangkan hasil. hasil yang macam mana? seharusnya menakjubkan. tidak semua orang boleh menyeimbangi kedua tersebut dengan jayanya. sudah tentu lah, apabila dia berjaya, dia seorang yang hebat.


kelembutan hati nurani, dan juga kekerasan kerahan tenaga untuk bekerja haruslah seimbang. baru ada umph!

gituh.


bagaimana dengan dakwah? boleh diaplikasi juga kah kata kata abang O'Brien kita ni? jom kita cuba.

seorang da'ie tidak cukup untuk mempamerkan akhlak Islamiyyah kepada mad'u (orang yang didakwah) nya, hanya dengan dia seorang yang baik. tetapi malas untuk bekerja. contohnya, dalam bidang pembawaan usrah, seorang da'ie itu mempunyai akhlak yang mulia lagi power, dan boleh dikatakan berpengaruh dalam kalangan orang sekelilingnya, tetapi dia juga seorang yang tidak mahu bekerja, membawa usrah, sehinggakan mad'u nya selalu menantikan bila lagi mereka akan disajikan dengan usrah. nampak ketidakseimbangannya itu. personaliti sudah ada, tetapi pergerakannya tiada. lama kelamaan orang yang didakwah menjadi haus, dan jemu dengan personaliti naqibnya itu.

kerajinan seorang naqibnya itu membawa usrah, namun pada masa yang sama hati tidak dibawa sekali masuk ketika memberi pengisian, pun susah. naqib yang tidak fleksibel, atau terlalu fleksibel, naqib yang rigid, naqib yang berhati kering boleh membuatkan jiwa adiknya itu letih. setiap kali perjumpaan, adiknya diberi pengisian yang berunsur fakta, ataupun dengan istilah lain 'menyuap' adik adiknya tanpa melibatkan penggunaan hati, samada dari da'ie itu sendiri, mahupun daripada adiknya, boleh menjadikan mereka seperti robot. masuk kedalam perjumpaan, buka telinga, tadah semua pengisian, tutup, dan balik. 

setel.

setiap perlakuan dan strategi kita di dalam dakwah, akan ada habuannya dari Allah. yang seimbang ada habuannya, yang tidak seimbang pun ada habuannya. 

apa yang dimaksudkan dengan "AMAZING THINGS WILL HAPPEN?"

sebagai manusia, mahu tidak mahu, apabila kita dijanjikan dengan habuan, kita akan tertanya tanya. 

bagaimana rupa habuan tu?
berapa harganya? 
baguskah untuk aku?
bergunakah? 
dan sebagainya. anda boleh pikir sendiri soalan anda. saya malas nak tulis banyak banyak.

bagi Allah, habuan itu, semestinya:

1. kita tidak akan dapat menduga
2. cukup untuk buat kita rasa selesa dan bahagia. 

Allah tidak cakap Dia akan mengkayakan kita, membuatkan kita jadi seorang yang tersohor dan sebagainya. Dia cuma akan memberikan sesuatu habuan yang membuatkan kita berasa cukup. tidak kisah lah macam mana sekalipun. bagaimana Dia tahu kita berasa cukup ke tidak? haaaa. itu lah pengetahuan Tuhan.

namun bagi saya, habuan yang paling seronok apabila kita bergerak untuk agama adalah, melihat orang yang kita bawa itu, menjadi seseorang yang lebih baik. daripada seseorang yang kasar bahasanya, menjadi seorang yang baik budi pekertinya, daripada tidak pandai mengaji menjadi ustaz marilah mengaji dan sebagainya. 

seperti sabda Nabi Muhammad SAW:

Dari Sahl bin Sa’d radhiyallahu’anhu, suatu ketika dalam peperangan Khaibar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh, aku akan memberikan bendera ini kepada seorang pria yang melalui kedua tangannya Allah akan memberikan kemenangan, dia mencintai Allah dan rasul-Nya, dan Allah dan rasul-Nya pun mencintainya.” Sahl berkata: Maka di malam harinya orang-orang pun membicarakan siapakah kira-kira di antara mereka yang akan diberikan bendera itu. Sahl berkata: Ketika pagi harinya, orang-orang hadir dalam majelis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Masing-masing dari mereka sangat mengharapkan untuk menjadi orang yang diberikan bendera itu. Kemudian, Nabi bersabda, “Dimanakah Ali bin Abi Thalib?”. Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, dia sedang menderita sakit di kedua matanya.” Sahl berkata: Mereka pun diperintahkan untuk menjemputnya. Kemudian, dia pun didatangkan lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meludahi kedua matanya dan mendoakan kesembuhan baginya maka sembuhlah ia. Sampai-sampai seolah-olah tidak menderita sakit sama sekali sebelumnya. Maka beliau pun memberikan bendera itu kepadanya. Ali berkata, “Wahai Rasulullah, apakah saya harus memerangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita?”. Beliau menjawab, “Berjalanlah dengan tenang, sampai kamu tiba di sekitar wilayah mereka. Lalu serulah mereka untuk masuk Islam dan kabarkan kepada mereka hak Allah yang wajib mereka tunaikan. Demi Allah, apabila Allah menunjuki seorang saja melalui dakwahmu itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki onta-onta merah.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim [8/31])

onta merah, ataupun unta merah. kalau zaman kita sekarang ni, Ferrari lah kiranya.



vrooom vroooooom ~
- Ihsan Google-


akhir kata.

1. benar, menunjukkan budi pekerti mulia itu merupakan salah satu cara untuk berdakwah. tetapi akhir zaman ini, cara itu mungkin sukar, dan beberapa kerat sahaja yang mempercayai. sebab itu, perlunya kita untuk bergerak.
2. membawa usrah itu adalah salah satu cara untuk berdakwah. di dalam Islam, apa apa sahaja cara yang berlandaskan syariat Allah yang bertujuan untuk menaikkan Islam adalah dakwah. tidak kira lah melalui penulisan, lukisan, adobe photoshop, lakonan, dan sebagainya. 
3. dakwah. selain orang yang kita bawa, ia adalah untuk kita. tidak lain tidak bukan Allah memberikan kita agama ini, adalah untuk memperbaiki diri kita sendiri, dan dalam pada masa yang sama, kita memperbaik orang lain. 

semua untuk kita.



wassalam.

Mofar Rahman.