Assalamualaikum
tiada isi utama untuk saya menulis blog kali ini. lepas habis belajor, mati kutu lah pulak. saya pun, buka google chrome. dan tuptup, ke blogger. ada banyak lagi website menarik yang boleh saya buka selain blogger ni, tetapi.. entah lah.
baiklah encik blogger. saya berikan masa saya untuk kamu kali ini. heh.
ramai orang, terasa gembira dan eksaited apabila ditanya pasal kahwin. bila ditanya siapa calon suami/isteri pilihan, tentu sahaja ada di benak fikiran. bagaimana sikapnya. bagaimana layanannya. kemahiran hidupnya. bagaimana agamanya. dan sebagainya. ada sesetengah orang, di dalam kepalanya sudah lengkap plan dan strategi, dimana, dan kearah manakah dia akan membawa perkahwinannya. baik laki laki. dan juga perempuan.
tetapi ramai yang tidak sedar. lupa? entah. lupa bahawa perkahwinan itu, bukan satu kemestian. perkahwinan hanyalah pilihan kesempatan, yang kalau diberi rezeki ada, adalah. kalau ada jodoh, adalah. kalau sebaliknya, maka sebaliknya-lah. tetapi apa yang lebih pasti selain daripada perkahwinan?
mati.
mati itu bukan pilihan. ia adalah wajib. dan bukan makhluk, kalau dia tidak mati. walau malaikat sekalipun, akan mati. si Izrail itu akan mati juga selepas tiupan sangka kala pertama.
dipendekkan cerita, mati itu lebih menjanjikan daripada pernikahan.
apabila seseorang mati, maka segala saham di dunianya ini sudah berakhir. segala hasil yang ditanam di dunia ini tidak boleh dituai lagi. semua sudah dihalangi, oleh tanah. dan dunia. kita semua belum tahu, bagaimana pengakhiran kita macam mana. elokkah? berdarahkan? sempurnakah? islamkah? kafirkah? tidak akan ada orang yang tahu, kecuali Khaliq itu sendiri.
kalau anda perasan, saya menulis tentang sesuatu yang anda semua tahu. kematian. perkahwinan. hidup. amalan. yada yada yada... semua kata kunci itu sudah jelas. tetapi, satu soalan untuk anda. bila kali terakhir anda semua berfikir pasal mati? ataupun, anda hanya berfikir pasal mati, apabila isunya ditimbulkan dari laut, dibawa kepada kenyataan?
saya?
saya orang yang kedua itu. teruknya. aish.
*menguap*
mati itu memang menakutkan, dan menghilangkan. tetapi, hikmahnya, hanya Tuhan yang mengetahui.
saya harap, apabila saya mati, semua orang disekeliling saya kuat.
*senyum*
wassalam.
Mofar Rahman
