Saturday, December 21, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum

jujurnya, saya ada beberapa pandangan tentang kewajipan orang laki laki, untuk menunaikan solat jumaat. terfikir, kenapa sampai begitu sekali beratnya hukuman kepada orang laki laki yang tak pergi solat jumaat. selepas lama berhempas pulas. eh. tak ada lah lama sangat. tapi saya ambil lah masa sikit. nak tahu apa yang saya fikir....


cak!

malangnya hari ni, bukan pasal tu yang saya ingin kongsikan. dalam post ini, saya nak kongsi, satu perasaan dengan kalian. perkataan 'kalian' tu sendiri dah kelakor bagi saya. sebab. em. tak ada orang baca blog ni?

okey. kembali kepada topik.

semalam, selesai solat jumaat, ditakdirkan Allah, saya ada usrah dekat situ, dengan kawan kawan saya yang dua tiga orang ini. kami duduk bersama, berbincang, dan berkongsi. sehingga lah masuk waktu asar. kami berhenti sekejap, lalu menyertai jemaah yang sedang menurut imam mengangkat takbiratul ihram.

selesai solat, tidak ada seorang pun yang bangun, dan berlalu. semua tunggu, sehingga imam habis selesai berdoa. dekat malaysia, saya tengok, ada beberapa tempat je macam ni. tapi, tak hairan pun kan, sebab yang penting nya solat berjemaah. yang tunggu untuk wirid dan berdoa tu, adalah pilihan sendiri. tapi apa yang saya nak cerita sini, perasaan ni sangat best. dah lah dapat solat beramai ramai dengan komuniti setempat seminggu sekali je. dapat pulak perasaan macam ni. Allah. bestnya.

daripada ramai ramai jemaah tersebut, ada beberapa wajah yang saya kenal. salah sorangnya adalah Jamil. Jamil merupakan adik kepada Imam Rustam. masjid Imam Rustam terletak di daerah Kirovskiy. masjid yang jauh gaban. masjid yang kami selalu solat ni, Masjid Linkoranskaya. masjid ni, dekat sikitlah dengan pusat bandor. berbanding dengan Masjid Kirovsky tu kan.

okey. okey.

selepas bersalam salaman, berpelukan, masing masing kembali kepada urusan masing masing. saya? saya kembali kepada usrah, dan ingin menyambung kembali kisah Nabi Musa dengan Khidr. tetapi urusan kami terhenti sekejap. Jamil datang, dan duduk bersama kami.

"Assalamualaikum sahabat. bagaimana semua? semua alhamdulillah?" dia senyum. jambangnya panjang. dengki lah pulak. nak jugak jambang macam tu! *tetibe*
"Alhamdulillah". kami senyum je lah. takkan nak masam pulak kan.
"nanti, datanglah rumah saya. Alhamdulillah semua okey sekarang. bagaimana Malaysia? banjir semua dah makin pulih, kan? alhamdulillah. dekat Palestine banjir juga masyaAllah. Syria pun makin okey saya rasa. sebab tentera Basyar dah mula sedikit dan Muslimin semakin kuat."

kami terdiam. seronok melihat wajahnya yang manis itu. seronok!

"alhamdulillah. Suleiman sudah besar sekarang. sudah hafal satu juzuk alQuran. alhamdulillah, sebab dekat sini, tak ada sekolah tahfiz. tapi Suleiman boleh hafal alQuran. Muhammad pun sedah besar alhamdulillah. kami hantar dia ke Tatarstan untuk belajar agama InsyaAllah. mula mula dia menangis. tapi, sekarang sudah alhamdulillah masyaAllah. lagipun, manusia. haruslah untuk berhijrah, kan? untuk menjadi lagi baik". terang seorang ayah yang jelas bangga dengan anak anaknya.

kami tersenyum lagi. tanda setuju. kagum dengan seorang muslim yang kuat di tengah bumi kafir ini. rasa seronok!

selepas mengajak sekali lagi kami untuk datang ke rumahnya, dia memberikan kami dua keping roti nan besar bapak, bersalam salaman, dan pulang kerumahnya.

heeeee


siapa Jamil?

Jamil, seperti yang telah saya war warkan diatas, dia adalah seorang bukan Russian. dia berasal daripada negara tan tan (Kazakhstan, Tajikistan, Uzbekistan dan lain lain) tapi saya lupa dia ni tan yang mana satu. dan dia juga adalah adik kepada Imam Rustam.(rasa dah tulis benda ni. ah.)

Jamil seorang yang sederhana hidupnya. saya pernah berkunjung ke rumahnya. kecil sahaja. buka pintu, terus ada meja makan. satu ruang tamu kecil, satu dapur, dan bilik tidur besor. ada anak anaknya bermain di ruang tamu. ada yang mewarna. ada yang mengaji. yang mengaji tu Suleiman lah. baik budak tu. comel pun ada. *tariktarikpipi*.

Jamil bekerja sebagai seorang peniaga produk daging yang halal. dia bekerja bersama ayahnya. kehulu dan kehilir dengan van kerjanya itu. tempat jualannya, jauh di Kirovsky sana, tetapi setiap hari Jumaat dia akan datang ke Linkoranskaya untuk mencari rezeki disitu pula. lokasi perniagaannya? di pintu besar masjid. dia akan terpacak di hadapan pintu masjid, dan menegur orang orang yang datang ke masjid. bersalam salaman. sedekahkan senyuman. dia selalu kelihatan bersama topi musim sejuknya itu. tetapi setiap kali dia masuk ke ruang solat, topi tu dia tanggalkan. dan kelihatan ada kopiah pula diatas kepalanya. Jamil selalu berkopiah kemana sahaja dia pergi. kopiah kecik. warna putih. yang macam jaring jaring tu. ayahnya juga begitu. dia kelihatan hensem pakai kopiah tu. saya pernah pakai. aih. huduh lah pulak.

mulutnya, seperti yang saya ceritakan tadi. tak pernah putus dengan alhamdulillah. kalau tak alhamdulillah, dengan Allahuakbar pula. zikir zikir itu tidak pernah berhenti daripada membasahi bibirnya. rasa seronok ni, lain tau. bila berjumpa dengan orang orang yang imannya tip top. hehehe

Muslimin Russia. terlalu banyak benda yang selalu mengagumkan saya.

oleh sebab mereka ni, tak boleh nak dibezakan muslim ke tidak, (sebab semua muka mat salleh) dan muka kami ni senang nak di cam sebagai muslim, jadinya mereka lah yang dulu menegur kami. memberi salam. bersalaman. tak kira tempat. kalau mereka ternampak kami, datang, bersalaman. tanya khabar. dan berlalu pergi.

khutbah jumaat? seakan akan usrah besar besaran. tidak ada teks yang dihantar daripada pejabat Islam negeri. tidak ada keterikatan. penuh dengan intonasi dan tidak keras. sesuai dengan audiens. dan banyak lagilah. khutbah sebegini, ada ke dekat malaysia? ada. tetapi terlalu sedikit. rata rata masjid memberi khutbah dengan membaca teks. saya ingat lagi ketika saya tingkatan 4. ada satu kali saya pergi solat Jumaat di masjid yang terletak dihadapan sekolah saya. khutbah nya yang bertajuk, "Musim buah-buahan". memang boleh menggelikan hati. tetapi bila difikirkan kembali, ia sangat menyedihkan.

memberi makanan percuma (gula gula, gula kapas, roti besor bapak)? benda biasa. semua orang berebut nak membuat pahala.

dan banyak lagi.

di Malaysia, saya pernah cuba mempraktikkan suasana Islam di Russia. memberi salam kepada random. kebanyakan orang akan memberikan muka pelik kepada saya, daripada membalas salam tadi. bukan sekali. beberapa kali juga lah. mungkin perbuatan saya pelik. entahlah.

kesimpulannya.

semakin sikit peluang untuk mempraktikkan agama, semakin mahal harga setiap peluang itu, apabila ia datang.

orang yang berada di dalam sistem kafir lebih menghargai Islam itu sendiri, daripada orang yang berada di dalam sistem Islam. kenapa? ZON SELESA

nak tengok suasana Islam yang seakan akan sempurna? datanglah ke Masjid Linkoranskaya. saya pasti, suasana begini tidak wujud di Malaysia.











jujurnya. ketika menulis post ni, saya rasa sedih. sebab saya tahu, saya akan rindukan Islam disini.


semoga Allah memberi rahmat kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.


amin.